Google+ Followers

Wednesday, 26 November 2014

huruf "Y" & "R"


nak nangis rasanyer bila anak kiter tetibe tunjuk progress yang kita tak jangka....

serius aku seronok bila danish tunjukkan sesuatu yang aku tak pernah terfikir......
bagi orang lain rasa biasa kot tapi aku rasa teruja dengan dia........
aku sendiri tak pernah ajar huruf tersebut cuma ada buat imbasan seminggu pun boleh dikira....

ok lah aku nak cerita sikit...

semalam balik dari ambil danish d taska aku terus balik rumah siap siap nak ambil adik....
masuk rumah jer dia dah tau "nak mandi katanya" aku pun ok jom naik atas jadi kami sama sama keatas tapi sebelum mandi aku makan keropok lekor dekat balkoni ye lah ambil angin lapor........

danish macam biasa pegi bilik air sendiri nak mandi tapi cam biasa dia pegi main sabun...
sebelum tu aku memang letakkan alphabet sponge kat dalam bilik air ye lah boleh lah dia main main kan...

dalam aku tengah mengelamun tetibe dia datang dan dekat tangan dia bawak satu huruf iaitu huruf 'Y' aku tengok jer dia.....lagi satu dia kalo baru balik rumah masih terbawak bawak panggil aku cikgu kan so dia cakap bahasakan aku cikgu 'cikgu cikgu ni 'Y' cikgu' ha terkejut beruk jap (dalam hati berkata betul ke dia tau tu huruf apa atau kebetulan saja).......ya tanpa aku hiraukan perasaan aku dengan cepat aku gunakan masa yang ada dengan membuat ayat Y untuk YOYO ye dia tau dia sebut sendiri YOYO....

selepas tu kami sama sama pergi bilik air tapi dia masuk dulu n dia amik lagi satu huruf tunjuk pada aku kaku jap 'cikgu cikgu 'R' ha ye betul lah.....(tah kenapa ngan aku) aku pun sambung 'R' untuk rambut pegang rambut dia....



dalam hati betapa gembira nya kerana sebutan dan situasi itu dia yang lakukan dan tetibe macam tak percaya....mungkin pada ibu bapa rasa biasa tapi bagi aku ia luar biasa dan aku perlu rasa keterujaan itu......

setiap kali latihan aku buat bersama danish pasti aku mengharapkan dia paham apa yang aku ajar dan kekadang ada mengguriskan hati dia aku tau...aku cube untuk membuat yang terbaik dan dalam masa yang sama tak mau dia stress sangat nak dia seronok ketika sesi pembelajaran......

alhamdulilah pertama kali aku buat terapi face to face dengan dia ya bukan senang untuk dapat fokus dari dia nak dia duduk dengan aku buat sama sama aktiviti tapi bila aku dah tau kelemahan dan kesukaan dia jadi senang untuk aku kawal keaktifan nya kah kah kah danish boleh kalah dengan mama...

ok lah tu jer nak citer eksited mama yang lebih.....maknanya kefahaman seorang kanak kanak takkan ko ajar harini dia dapat tapi bila dia dapat dia akan keluarkan dan masa tu ko pulak pelik BETOI ker ni cam mimpi...

ya MAMA bangga dengan danish.......


1 comment:

  1. Alhamdulillah...satu perkembangan yang baik...^_^

    ReplyDelete