Sunday 16 November 2014

PERKEMBANGAN NORMAL KANAK-KANAK


PERKEMBANGAN MOTOR KASAR

3 Bulan        - mengangkat kepala jauh dari badan/dada
4 Bulan        - mengawal kepala dengan stabil dalam posisi duduk
5-6 Bulan     - memusing satu bulatan dalam keadaan meniarap (roll over)
7-8 Bulan     - duduk menyandar tanpa dipegang oleh sesiapa
9-10 Bulan   - duduk tanpa sokongan, berdiri dengan memegang meja/alat lain
11-12 Bulan - berjalan dengan sedikit bantuan
15 Bulan      - berjalan
18 Bulan      - memanjat kerusi/naik tangga dengan bantuan
2 Tahun       - berlari, naik dan turun tangga dengan sendiri, menyepak bola
3 Tahun       - melompat dengan stabil mengayuh basikal 3 roda
4 Tahun       - melompat dengan satu kaki sebanyak 5 kali, dapat berjalan melalui titi kecil
5 Tahun       - skipping, lompat tali

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS

4 Bulan       - mencuba untuk mancapai, tetapi akan tersasar
5 Bulan       - dapat menggengam voluntari, Guna kedua-dua tangan bawa ke mulut
6 Bulan       - genggaman lebih kemas, menjatuhkan kiub yang dipegang apabila diberi kiub lain.
7 Bulan       - memegang kiub satu tangan, mengetuk kiub di meja, akan mengalihkan kiub ke tangan                         yang lain apabila kiub lain diberi.
8-9 Bulan    - mencapai kiub pada jarak yang jauh
10 Bulan     - memberi kiub kepada orang tetapi tidak akan melepasnya (pincer grasp)
11 Bulan      - mula untuk memasukan dan mengeluarkan kiub dari bekas.
12 Bulan      - mula untuk menyusun objek di lantai
15 Bulan      - membina 'tower' dengan 2 kiub, Memegang kiub sebelah tangan, menconteng dengan                          spontan
18 Bulan     - membina 'tower'dengan 3-4 kiub, meniru satu gerakan pen.
2 Tahun      - bina 'tower' 4-6 kiub, menekan suis, memulas tombol pintu, membuat garis lurus
2-3 Tahun   - 2 atau lebih garisan (seperti x)
3 Tahun      - tower 9 kiub, meniru bentuk bulatan, melukis orang
4 Tahun      - meniru objek yang dibina terapis dari 5 kiub, meniru X, melukis orang denga 2-4 anggota badan termasuk kepala
4-5 Tahun  - meniru bentuk segi empat sama
5  Tahun    - susun kiub lebih dari 9 kiub, lipat kertas lebih dari sekali, meniru bentuk segitiga
6 Tahun     - meniru bentuk berlian

PERKEMBANGAN BAHASA

2 Bulan   - senyum dengan respon
3 Bulan    - senyum dan 'coos' (berkukur)
5-6 Bulan - 'babbles' (percakapan yang bukan-bukan)
7-8 Bulan - menyebut 'da-da' atau 'ba-ba'
11-12 Bulan -menyebut 1-2 perkataan yang bermakna
13-15 Bulan  -menyebut beberapa perkataan
18-24 Bulan  - menyebut 10-20 perkataan, nam gambar, merujuk diri dengan nama, 1atau lebih anggota badan
2 Tahun       - perkataan, perbendaharaan kata 200 perkataan, bercakap 2-3 patah perkataan.
3 Tahun        - bercakap dengan ayat,bertanya soalan, mula untuk guna kata ganti nama, guna perkataan tidak mahu
4 Tahun      - bercerita, bercakap dengan jelas tidak seperti bayi.
5 Tahun      - bercakap dengan lancar, guna ayat semalam, esok, yang lepas/akan datang.

PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL

2-3 Bulan   -senyum, melihat tangan, menjeling
5-6 Bulan   - bergaul, ketawa kecil
7-12 Bulan  -bermain cak-cak, takut pada orang lain.
1-2 Tahun   - suka dapatkan perhatian dan perlu bantuan bila perlu, tunjukan emosi, suka bersama teman/kawan, banggan dengan kemampuan.
makan sendiri,menggunakan sudu,minum dari cawan, membantu tanggal baju, duduk ditandas dengan pemerhatian.
2-3 Tahun   - mula bermain sendiri, fantasi dalam bermain bermuda, main masak-masak, teliti masa bermain,menganggal baju, latihan dalam membuang air kecil dan besar,dapat memakai baju tanpa zip.
3-4 Tahun  - berkongsi barang, tunggu giliran, ingin berkawan, menghiburkan orang lain, suka bermain,berdikari dalam pengurusan tandas, memakai dan menanggal pakaian.
4-5 Tahun   - suka bersaing dalam permainan dengan rakan sebaya,menunjuk-nunjuk, sikap suka mengarah orang lain, kerisauan, menjaga harta benda, kasar dalam percakapan akan wujud., menggunakan sudu, garfu, pisau dengan betul, gosok gigi, membantu dalam kerja rumah apabila disuruh.
5-6 Tahun  - memilih kawan sendiri, mengawal tingkah laku di tempat awam, berkongsi mainan, terima cemuhan orang, berdikari dalam memakai pakaian dan menyikat rambut.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

2-3 Bulan  - 'alert' pada emak
6-7 Bulan  - mencari objek yang terjatuh
8-9 Bulan   - berminat bermain cak-cak
1-2 Tahun  - belajar kesan/tindak balas yang simple (suis lampu), padankan objek yang sama, k/pasti nama dan benda, tahu 2-5 anggota badan, padankan perkataan dengan objek
2-3 Tahun  - mendengar cerita pendek, mula bertanya soalan (apa itu?),faham percacatan yang abstrak(besar/kecil), menggunakan perkataan 'tidak' dengan betul
4-5 Tahun  - tahu umur dan alamat, 4 warna, perbandingan, kategori orang mengikut jantina (lelaki/perempuan)
5-6 Tahun  - tahu nama emak dan ayah, pekerjaan, mengira, berfikir secara logik, selesaikan teka-teki

Alhamdulilah ini adalah perkongsian sebagai seorang yang baru belajar perkembangan kanak-kanak jadi sama samalah kita berkongsi maklumat yang saya terima dari PAKAR KANAK KANAK.





No comments:

Post a Comment