Monday 25 January 2016

Ganjaran (Rewards) penting

Assalam kepada semua pembaca blogger harini mama danish nak cerita pasal rewards ok.....

Sebelum sebelum ni entry saya pun ada ceritakan sedikit tentang rewards tapi untuk kali ni khas saya perkenalkan apa itu Ganjaran / dipanggil ' rewards' dalam pembelajaran...

ia bukan lah coklat atau pun benda yang boleh merosakkan anak kiter tapi ia adalah sesuatu yang amat disukai oleh anak anak.......setiap kanak kanak mempunyai kesukaan yang berbeza dan minat yang berbeza.......

semua budak suka mainan dan mungkin juga ipad untuk dijadikan rewards tapi untuk danish saya pilih benda yang sangat sangat disukai dan kalo dapat main sampai tak leh stop tapi saya ada matlamat dan target saya....

contoh untuk kita tarik anak belajar atau pun fokus sesuatu dalam aktiviti homeschool mereka kita kene pastikan rewards ini berada bersama...ia seperti ' buat sesuatu dengan baik akan dapatkan sesuatu'......

Pada mulanya dalam sesi Terapi pertuturan bersama cikgu saya beranggapan boleh kah ini dilakukan untuk anak saya bercakap tetapi betul ini adalah salah satu kaedah yang kita ibu bapa tak tahu selain memaksa ataupun selain memujuk anak untuk melakukan sesuatu kita mesti melakukan melalui apa yang mereka suka....jika benda yang mereka suka pastinya akan melakukan yang terbaik dan membuahkan hasil yang sangat sangat baik.....tak percaya cubalah....

Tetapi perlu diingat bahawa semua ini adalah 'usaha" tanpa usaha kita mak ayah n sabar dengan anak kita takkan boleh habis untuk lakukan semua ini walaupun ada 'rewads' ni.....jadi cuba jadi 'cermin anank anak' pilihan ditangan anda....memaksa dan pukul bukan lah cara yang terbaik....

Anak saya juga tidak mampu dulu duduk melakukan aktiviti selama 5 min pun tapi dengan cara dan kaedah yang betul alhamdulilah saya dapat mata dan hatinya.....jika anda selalu kenal anak anda insyallah mudah anda mengawal dia ketika beraktiviti dengan mudah.......

contoh rewards danish bubble, belon dan belon gummy
memang best lepas belajar main sesama....mama pun suka...hehehe

 ok ini sangat sangat diminati baru 2 minggu suka ni mama dulu kecik kecik main dah tapi dia lagi terror belon dia tiup sangat besar n gemuk.......


ok tips lagi rewards rewads yang dia suka tu tak boleh selalu bagi tau nanti dia dah tak heran dah n kene letak tempat tinggi dan boleh nampak.....supaya kita boleh buat tawaran hehe .......


Nak anak bijak IBU pun kene jadi bijak
BIJAK BIJAK BIJAK......

ALHAMDULILAH dainsh dah boleh cakap walaupun lambat........sekarang bila dah boleh duduk n buat aktivit baru boleh masukkan akademik.....amin....

Tuesday 25 August 2015

Persediaan urusan diri sebelum ke ALAM PERSEKOLAHAN

Assalammualaikum...

Alhamdulillah aku masih ada masa berjumpa korang di blog sawang aku dekat 3 bulan tak menulis kan kan kan...

ko bukan heran pun kan
aku malas sangat tak tau napa...
tp rasa macam rajin jer hari ni nak share pasal anak anak ni
ala ala parenting penyibuk kan heheh...

lagi nak share ngan korang pasal URUSAN DIRI untuk persiapan danish ke alam persekolahan yang sebenar...

persediaan untuk dapat hafal ABC
persediaan untuk dapat baca buku cerita
persediaan untuk dapat baca suku kata
persediaan untuk dapat mengira operasi
persediaan untuk dapat semua A dalam subjek darjah satu

BUKAN semua di atas jawapan n huraian yang akan aku kupaskan disini...hehehe

BUKAN semua di atas yang akan bermain difikiran aku ketika ini...

tapi kebanyakan parents diluar sana berpendapat untuk mengejar semua diatas alhamdullillah...

BUT tahu kah korang ada yang lebih penting dari diatas....(wah speaking aku)

secara pendapat peribadi aku dan pengalaman yang akan ku tempuh jadi biarlah aku kongsi bersama korang apa yang aku belajar sebagai seorang mama baru...."cis ko is"

ok teruskan...

yang Pertama...
ajar anak tak pakai pampers walaupun keluar dari rumah
p kedai
p jalan
p balik kampung
p mana pun tak leh pakai SEBAB

ini lah pentingnya bila sekolah bermula
takkan lah p sekolah nak pakai pampers kan
takkan lah p tandas cikgu nak follow anak ko kan (takkan lah)
takkan takkan takkan.....worried wei

yang Kedua....
ajar anak pakai SELUAR n BAJU sendiri tak kisah lah terbalik pun asal kan dia pakai sendiri tau macam ni

di taska pakai baju sendiri 

tak kisah pun tak cntik tak ensem yg penting pandai wat sendiri tau heheh....anak mama tue...

yang Ketiga
tolong tolong tolong ajar anak basuh ketika buang air kecil atau besar
kalau "berak" pun amik sabun letak kat tangan dia suruh dia basuh sendiri 
amik "cebok"suruh cedok air 
ajar bukak pili paip 
ajar tutup pili paip....
WAJIB hahhaha teruk ko....aku pun teruk tau tapi lelame dia paham kenapa ?????semua tu kene belajar.....
(tak kose kat sekolah cikgu nak jadi Baby Sitter pulok so sebelum kene cubit ajar anak cecepat er...)
jangan ko anak kene cubit ko p saman cikgu pulak (sebab ko yang tak ajar mana lah dia nak tau kan)
macam mana ko ajar ABC  123 MELUKIS main piano hari ari camtu lah jugak latihan urusan ni dibuat EVERYDAY NON STOP....never give up ....."kengkadang aku failed gak" tp cuba n cuba

yang ke4
keluar jer rumah ajar anak pakai kasut sarung n stokin sekali "yang ni aku selalu fail sebab danish tak suka pakai stokin"
jenuh mesti nangis nangis 
pepagi kan kunk orang kata aku dera anak pulok heheh
tapi aku masih CUBA n terus MENCUBA
*****sbenarnya rasa macam mama yang nak nangis tau sebab nak pergi kerja selalu lambat
******sebab make up tak pernah miss tu yang lambat tu bukan sebab danish...

tu jer lah 4 tu dulu kalo rasa lalu aku nak tulis aku sambung lagi erk dah kul 12 pm dah ngantuk ni.....ok lah semoga menjadi mama yang penyabar ****kadang kadang jadi SINGA gak aku 

*****NOTA
teringat masa kat high way balik dari kampung ke taiping lebih kurang 2 jam sampai malam n hujan tau situasi dalam kereta danish nak terkucil tapi mama n ayah pikir 2 3 kali nak berhenti tau jalan kan gelap tu nasib kat highway kalo jalan lama memang tak lah kan tapi sebab kami dah bersetuju bekerjasama untuk danish jadi ayah gigihkan turun dengan disokong oleh mama hehhehe mama takkan turun nyuruh jer pandai aku kan....yang buat laki aku....tak per lah laki kuat semangat kan...asalam ngantuk dah

Tuesday 28 April 2015

my LOVELY COLLEAGUE Toh Theam Hock & Co

Assalam dan selamat tengahari kawan, friend, kakak, amoy, mummy, mak angkat.



first aku tulis ni sebab ada yang dah tahu so aku paksakan diri aku untuk tulis di blog untuk bacaan masa depan dan untuk my important person is my frend....

Pertama kali aku sendiri tak pasti kenapa perlu aku buat keputusan ini hanya tuhan saja yang tahu.....
memang sehabis pikir dah ni hehehe...tapi bisnes tetap jalan macam biasa....

entry kali ni khas untuk kawan kawan TOH THEAM HOCK & CO yang banyak banyak memory di sana.....sayang amoy amoy comey....

Habis jer kontrak dekat Pejabat Tanah aku diberi peluang bekerja di Pejabat Peguam TOH THEAM HOCK Taiping.....alhamdulilah yang ambil aku kerja masa tu Ms Teoh manager saya heheheh.......

Saya masuk kerja pada 17 Feb 2010 department convencying dekat dengan JW (June Wong) pada mulanya sangat tak biasa dengan keadaan di Pejabat terutama majoriti adalah cina sebab semua buat kerja laju jer ekspress jer berlari lari walaupun pergi fotostat kalo pergi tandas lagi lah lari pecut......ekspecially kak nor heheheh (jangan mara).....masa tu banyak benda kene belajar STRESS sebenarnya lagi lagi masa tu nak kawin lagi 3 bulan heheh....

Dari tahun 2010-2015

Masa ni banyak bekerjasama dengan ms teoh (kecik jer), ms june (popet), ms jane (tegas), alice (masa ni sombong sikit), bee ching (mummy), ms Jo (funny suka gaduh gak), ms phuah (secret frend), DODO (toto), ms ang (garang), kak maznah (dah berhenti), ms loh (lembut jer), ms chong (comel), kak ti (macam mak aku), encik husin (pak cik miang), andrew (kawan gaduh), uncle linggam (jarang cakap ngan dia nak mintak AR card jer cakap), kak nor (suka sembang pasal makanan), Ms Yew (so sweet), ms chan (suka gelak walaupun sedih), ms wai fen (suka popiah n satay), mrs ong (mummy), mr sara (suka sakat), ms lim (kecik jer), jessica (suka wat pelik pelik), kak nani (suka makan kat a rahman), lan(suka ejek cakap owang putih), ms Heng (apa HAI), ms chew (suka bagi makan), weediya (suka berfalsafah) dan ramai lagi lah tak ingat kan sebab staff banyak sangat tapi korang semua so sweet....

birthday UNCLE special ni

untuk pengetahuan korang esok 30-04-2015 aku last kerja dan selamanya ISNUR HIDAYAH tak jadi staff TOH THEAM HOCK lagi aku bagi tau awal sebab ramai dah tahu so tak sampai hati tipu korang aku nak mintak maaf banyak banyak kepada sesiapa yang terasa dengan aku sebab aku manusia biasa buat silap so i mintak maaf banyak banyak untuk kawan kawan yang pernah terasa atau sakit hati dengan saya......saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau sampai ibu jari sekali......im not perfect.....

gambar kami muda muda dulu

kakak kakak TOH THEAM HOCK & CO banyak banyak comel n baik hati......i tak pernah simpan apa apa pun I LOVE ALL of u.....mungkin baru 5 tahun di sana agak sukar untuk tinggalkan kenangan kawan kawan.........last trip i join CAMERON HIGHLAND arrange by ms ow yeang ying ai (lawyer sempoi), sayang korang sangat sangat....sayang sampai negeri CINA HAHAHHA....

takkan lupa MR TAN yang ensem tuh


so see u TOMORROW jangan kecam saya its URGENT RESULT

IF i wrong tu you plez plez plez forgive me MY DEAREST colleague......ok dadadaada

SAYONARA (sedih)


Wednesday 8 April 2015

Asas Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak.

KENALI anak anak lebih awal.....seawal 2 tahun tau jom aku nak share ngan korang macam mana nak detect anak korang perlukan bantuan atau pun tidak......mak ayah boleh buat tapi mesti korbankan masa untuk anak anak lebih masa maka anak anak tidak akan ketinggalan dan akan sama level dengan kanak kanak lain percayalah....aku dah cuba seawal umur anak 2 tahun.....jika ada petanda dibawah BERTINDAK SEGERA.....



Kemahiran Pra-Pertuturan
1) Pandangan mata
2) Daya tumpuan
3) Memahami giliran
4) Bermain
5) Meniru
6) Memadankan persamaan

Kefahaman bahasa
- Menoleh apabila nama dipanggil
- Mengikut arahan mudah
- Mengikut arahan panjang
- Mengenal objek
- Mengenal anggota badan
- Mengenal gambar
- Mengenal lokasi
- Mengenal warna
- Memahami jenis soalan (siapa, bila, kenapa, mana, bagaimana?)

Penghasilan bahasa
- Memanggil ahli keluarga
- Menggunakan bunyi-bunyi bermakna
- Menyebut perkataan harian yang berfungsi
- Menamakan objek harian
- Menamakan gambar
- Menggabungkan 2 perkataan jadi ayat mudah
- Menggabungkan 3 perkataan
- Menggabungkan 4 perkataan
- Menggunakan kata sifat dan kata tempat dalam ayat
- Menggunakan kata hubung dalam ayat
- Bercerita ringkas, tampa plot
- Bercerita ikut susunan dan kekal pada topik
- Menjawab soalan dengan jelas

Apa ibu bapa perlu buat di rumah?

* Menambah kosa kata
* Aktiviti berkongsi buku
* Mengurangkan gangguan
* Menetapkan target harian

Mengubah cara percakapan harian

* Cakap perlahan-lahan
* Menguatkan suara pada perkataan / sukukata target
* Menggunakan ayat ringkas, sesuai dengan tahap bahasa kanak-kanak tersebut.
* Mengulang apa yang disebut oleh anak dan tambah perkataan lain supaya ayatnya lengkap.
* Meneka apa yang cuba disampaikan oleh anak dan sebutkan ayat yang sepatutnya.

Sentiasa menggunakan strategi

* Beri pilihan
* Tunggu, lihat, dengar
* Melakukan sesuatu luar jangkaan
* Tukar persekitaran
* Jangan terlalu mudah memberi segala kehendak anak



NOTA: buat dengan SABAR insyaalah satu hari hasilnya tak dijangka INSYAALLAH






Tuesday 7 April 2015

SHAWL SEGERA stylista

ASSALAM...





suka lah tu kan tak payah susah susah nak melilit lilit kan aku pun suka time pepagi anak nak pergi sekolah walaupun anak sekolah tetap kene style jugak hehehe tangan tak bedung dulu kerja gatai jer nak memusing shawl walaupun dah sedia SHAWL SEGERA macam mee segera lah "cepat dimasak cepat dimakan" betoi ker...erm ye betul "cepat dipakai senang keluaq awai" hahaha....

JOM try senang jer....tutup mata pun buley....

 nampak lubang besar tu masuk je kepala kat situ hahah


 macam ni ha jangan gantung diri pulok heheh


 macam biasa lilitan kepala lah....


 gatai tangan nak nyelit sikit belah yang pendek tuh buh jarum peniti...


 TARA siap dah...


yang penting STYLISTA...


kalo minat shawl ni pm aku lelaju erk di fb AURORA collections/watssapp 012-4035031

IKLAN


 SOLD




Monday 6 April 2015

Wide Shawl Arab Style

TUTORIAL wide shawl Arab cara aku suka pakai pergi kerja.....

*pastikan WIDE SHAWL baru jadi




JOM TRY lalalalal



 satu pendek satu panjang cam biasa


 ambil kanandan kiri pin di belakang ok



 ambil yang pendek tadi bawa kesebelah pin kan ok

 ambil yang panjang tuh  naik atas kepala ok



TARA macam ni aku ambil 3 layer soka hati lah korang nak berapa layer ok jangan lupa buh jarum peniti....ok da da da

IKLAN

kalo nak beli boleh pergi fb Aurora Collections






Sunday 5 April 2015

Pakai Shawl 3 Step jer....JOM TRY

Assalam....

anak anak tido baru boleh mengupadate semua kalo tak semua diowang nak ipad, laptop, hp semua hokey takkan aku dapat menaip dengan tenang hahha...

pertama sekali maaf lah hari ni amik stock, hari ni jadi model n hari ni update semua sebab kat umah senang settle semua harini....tu gambar aku nampak pintu tak tutup tu abaikan jer yang aku nak jual shawl jer pintu tu halal lah tapi next time mungkin dah tahu nak buat cam ner....belajar lagi...

popet popet orang ngah tunggu tutorial ko ni ko sibuk nak cerita entah ada ke orang kisah kan....itulah lumrah kerja part time ni korbankan segalanya hehehe......sampai makan pun terkorban boleh kurus cam ni hahah.....

meniaga ni bukan nak untung jer nak cari banyak kawan, nak dapat pahala ye lah jual tudung kan dapat pahala, pastu lagi nak share apa yang aku tahu ngan followers aku lah tak pemes pun model pun nampak muka jer tak de orang nak tangkapkan....hehehe kalo ada reseki lebih pergi shoot erk....hahahha 

ok jom kita mulakan TUTORIAL pakai SHAWL CHIFFON PLAIN



3 step MUDAH pakai SHAWL

*yang penting shawl tu mesti panjang macam shawl aku
*yang penting shawl tu mesti lebar macam shawl aku
*yang penting shiffon tu tak keras sangat soft soft jer 
*yang penting lagi sediakan jarum 1 & kerongsang 1 jer

ok sebelum tu nak bagi tahu shawl ni memang jarang sikit tapi korang boleh pakai inner neck tu ok...aku suka pakai hitam jer....warna lain tak pekenan...



1.       
ok macam biasa lah sebelah panjang sebalah pendek selalu aku kiri pendek ikut korang lah erk...



2.
sebelah yang panjang tu letak kan jarum peniti erk tu jari dah kemana dah hheheheh



3.
ok yang panjang tu tarik kat sebelah buh kerongsang satu bagi ketat ketat muka tau jangan longgar....



siap tu jer pastu kanan dan kiri tarik kebelakang ikut lah panjang mana ko nak so nanti kat belakang pun labuh kat depan pun labuh...tak percaya ha cuba lah....kalo ko takut tepi tu jatuh letak je BROOCH yang cun cun mesti MELETOP hehehe....




kalo nak beli boleh lah ke fb Aurora Collections / WATSSAPP 012-4035031


IKLAN