Google+ Followers

Wednesday, 8 April 2015

Asas Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak.

KENALI anak anak lebih awal.....seawal 2 tahun tau jom aku nak share ngan korang macam mana nak detect anak korang perlukan bantuan atau pun tidak......mak ayah boleh buat tapi mesti korbankan masa untuk anak anak lebih masa maka anak anak tidak akan ketinggalan dan akan sama level dengan kanak kanak lain percayalah....aku dah cuba seawal umur anak 2 tahun.....jika ada petanda dibawah BERTINDAK SEGERA.....



Kemahiran Pra-Pertuturan
1) Pandangan mata
2) Daya tumpuan
3) Memahami giliran
4) Bermain
5) Meniru
6) Memadankan persamaan

Kefahaman bahasa
- Menoleh apabila nama dipanggil
- Mengikut arahan mudah
- Mengikut arahan panjang
- Mengenal objek
- Mengenal anggota badan
- Mengenal gambar
- Mengenal lokasi
- Mengenal warna
- Memahami jenis soalan (siapa, bila, kenapa, mana, bagaimana?)

Penghasilan bahasa
- Memanggil ahli keluarga
- Menggunakan bunyi-bunyi bermakna
- Menyebut perkataan harian yang berfungsi
- Menamakan objek harian
- Menamakan gambar
- Menggabungkan 2 perkataan jadi ayat mudah
- Menggabungkan 3 perkataan
- Menggabungkan 4 perkataan
- Menggunakan kata sifat dan kata tempat dalam ayat
- Menggunakan kata hubung dalam ayat
- Bercerita ringkas, tampa plot
- Bercerita ikut susunan dan kekal pada topik
- Menjawab soalan dengan jelas

Apa ibu bapa perlu buat di rumah?

* Menambah kosa kata
* Aktiviti berkongsi buku
* Mengurangkan gangguan
* Menetapkan target harian

Mengubah cara percakapan harian

* Cakap perlahan-lahan
* Menguatkan suara pada perkataan / sukukata target
* Menggunakan ayat ringkas, sesuai dengan tahap bahasa kanak-kanak tersebut.
* Mengulang apa yang disebut oleh anak dan tambah perkataan lain supaya ayatnya lengkap.
* Meneka apa yang cuba disampaikan oleh anak dan sebutkan ayat yang sepatutnya.

Sentiasa menggunakan strategi

* Beri pilihan
* Tunggu, lihat, dengar
* Melakukan sesuatu luar jangkaan
* Tukar persekitaran
* Jangan terlalu mudah memberi segala kehendak anak



NOTA: buat dengan SABAR insyaalah satu hari hasilnya tak dijangka INSYAALLAH






No comments:

Post a Comment