Google+ Followers

Monday, 22 December 2014

BUKU cerita

Assalammualaikum mommy daddy
hari ni hujan zzzzzzzzzzzzz.......

rindu anak mama MUHAMAD DANISH sebab tinggal dengan opah kat kampung mama ada adik jer rasa sunyi tanpa mulut popet dier....

hari ni mama danish nak cerita pasal BUKU CERITA......STORY BOOK gitew...

aku rasa semua orang penah baca buku cerita kat anak memasing kan erm sekarang banyak bahan kat pasaran kat kedai buku, gadget, perpustakaan, hand phone.....tapi untuk lebih kepada hands on mesti lah kiter beli buku real kan kan bagi anak kiter tengok, belek belek, hisap hisap, gigit gigit, koyak koyak ....

dulu kan korang aku pantang anak aku koyak kan buku tau tapi bila aku tau koyak itu bagus untuk tangan dier ha aku biarkan jer dier koyak.....eh silap silap maksud aku kalo time dier nak koyak tu buku baru aku cakap ngan dier jap jap aku bagi buku lain yang memang dah koyak lantak lah dier nak koyak sebab itu adalah salah satu teknik menguatkan jari nya untuk menulis.....

sebenarnya bila kite dedah kan dengan buku walaupun dier tak reti pun nak baca tetambah bahasa inggeris tu kan tapi dia belajar melalui pemerhatian dan pendengaran bila kiter bercerita....

tapi ha kat sini aku nak tekankan kalo ko beli cerita panjang pun tak salah pun tapi selalunya aku beli yang banyak gambar.......

Danish dan Aurora paling suka buku ni sampai berapa kali kene selotep ok heheh


buku ni banyak kaitan dengan kehidupan seharian danish lah sebab dia pergi taska tapi masih diberi pendedahan awal kepada aurora yang memang sibuk bila mama bacakan pada along...
selalunya aku letak kan budak tu sebagai danish......contoh untuk muka surat pertama ini.....
Danish boleh pakai kasut sendiri.....
Danish boleh Panjat kerusi sendiri......
Danish boleh ambil buku sendiri.....
Danish boleh pakai baju sendiri....
Danish boleh pakai seluar sendiri.....
yeah saya boleh buat sendiri.....

Ha kan tajuk dia cuba buat sendiri so mestilah belakang dier kiter mention buat sendiri ok....
bacalah buku ni ulang banyak kali pun tak lah jemu jemu kan tapi tak per as long diowang berminat untuk membaca bagi aku dah alhamdulilah dah...

Korang tau sebab apa orang putih rajin baca buku kat anak sebelum tido ha sebab ni lah untuk memupuk minat membaca satu hal lagi untuk kanak kanak ni lebih belajar kehidupan mereka juga melalui buku juga aku percaya buku jugak adalah suatu yang boleh menarik minat kanak kanak dalam bertutur, berimaginasi dan bereksploitasi wah ayat.....

ala ko kalo ada buku cerita tu tak payah lah nak bercerita panjang lebar tu ha ikut sejibik ayat tu tak yah...
ko buat cerita sendiri melalui gambar tapi ko tulis ngan pensil kat buku tu tau...
sebab kalo suami pulak baca karang citer lain pulak dier buat tak ke anak ko konpius kat situ tadi mama cerita lain ni ayah cerita lain ha tu yang buat dia bosan tu sudahnya dia tak duduk ko yang baca sengsorang kan...heheh

Tak susah pun untuk pupuk minat membaca anak anak ni cuma perlukan pendedahan awal.......
kan aku pernah cerita anak sulung aku lambat cakap tu ingat tak boleh baca kat sini....
ha salah satu usaha aku adalah pendedahan buku cerita ini setiap hari walaupun hanya sebelum tido tau......bukan senang nak bagi buku suruh dia duduk kat sebelah kiter dengar sampai habis...ada teknik tau...

Teknik senang jer ko tau dia suka apa tak?contoh aurora suka lembu, kambing, itik, kucing so aku belikan dier buku yang bergambar gambar tu dan buat lah bunyi moo moo, embik embik, kuek kuek, meow meow ok ha dia boleh ikut semua bunyi tanpa pelat tau.....

kalau danish pulak dia suka gambar buah buahan, kenderaan, dan paling aku suka danish dia suka bawak buku datang kat aku dan tanya ma ma ni? ni? umpama dia cikgu aku murid.....tak pe kadang kadang kiter perlu bagi anak anak pulak jadi orang dewasa kiter jadi kanak kanak ok...tak rugi sebab apa aku kata sebab sampai satu masa dia akan keluarkan apa yang kiter cerita dan dier pulak cerita...jangan pulak baru sehari dua ko cerita ko suruh dier cerita balik takkan lah aku ingat dekat sebulan gak lah aku cuba bagi dia cerita balik tapi memang perlukan kesabaran tau jangan jadi mak singa pulak tau.....insyaalah ko pulak tak percaya dia bercerita balik ok....tiada yang mustahil jika kita usaha....

Nota: Cikgu taska selalu puji danish ulat buku ALHAMDULILAH allah lebih berkuasa menentukannya kita usaha, ikhtiar dan bertawakkal kepada ALLAH....semua hak dia......

No comments:

Post a Comment