Thursday 4 December 2014

SPIDERMAN



cerita DANISH lagi takkan habis...

danish sebut SPIDERMAN itu ULTRAMAN asal bunyi man kat belakang kan...
sejak sejak mama dia berlakon n selalu ambil patung ULTRAMAN hadiah dari paksu zharif dia tu yang memang peminat tegar ULTRAMAN, SUPERMAN, SPIDERMAN dengan aku sekali boleh hafal adik aku punyer ultraman nama pun aku dah kenal tau...

jadik bila aku pergi kelas pertuturan kebanyakan terapi akan suruh aku cari benda yang dia suka untuk mengajak dia bercakap ok....jadi sebab dia lelaki aku ambil patung ultraman lah takkan patung BARBIE pulakkan tu dah perempuan tuh...

jadi aku selalunya ambil patung SPIDERMAN tu buat kan satu cerita sambil mereka cerita aku sendiri konon aku yang main, konon aku sebaya dia ok, jangan korang tak tau aku rasa dah macam aku umur 3-4 tahun ok pegang patung duk berimaginasi.

jadi sambil aku berlokon aku akan buat depan DANISH n ADIK ayat dia macam ni..
- ULTRAMAN terbang langgar perut adik(betul betul kene perut aurora yang buyat tu), kuasa(kuarkan lampu) ultraman jatuh mati(bunyikan tet tet tet) .....
-ULTRAMAN lompat langgar pokok lalu mati, ambulance datang(nenonenoneno)

dan macam macam lagi tak selalu aku akan ulang ayat tu berkali kali nak tengok dia ikut tak apa aku buat....jangkaan dan sabar aku pada waktu itu ah dia paham ker ni....tak per cuba cuba dan cuba lagi walaupun aku rasa kelakar k....

danish sebelum ni tak pandai main, tak pandai berimaginasi dia tak tau dia just tengok jer tak de hati nak main tau...itu yang buat aku risau tapi baru bulan ini nampak dia semakin berimaginasi dengan dirinya sendiri k dia tiru cara aku main tapi yang lebih bunyi hanyalah kuasa (zzzzzzzzzzzz pom pom)mati tapi aku rasa itu satu potensi kerana dia telah pun mengeluarkan bunyi pada mulut nyer.....alhamdulilah lakonan aku tak sia sia....

pagi pagi bangun jer 'ma nak ultraman' ha tengok tengok kan aku kata dia ingat apa dia buat semalam sebelum ini bangun jer pepagi 'ma IPAD' ha tengok dia dah lupakan ipad dia.....ipad bagus untuk kanak kanak tapi bukan sepanjang masa kerana ipad boleh 'meralitkan' ia adalah pertuturan sehala bukan dua hala....mungkin pada kanak kanak yang tiada masalah mungkin takkan terpengaruh dengan dunia dia tapi pada budak yang lambat perkembangan ia akan merosot kan lagi dunia sosial nyer dia tak nak bercakap atau bergaul dengan kawan kawan..

jadi aku ambil pendekatan dengan menarik IPAD dari danish tapi bukan bermakna tak boleh main langsung tapi menghadkan penggunaannya....tapi dalam lagu lagu orang putih dalam ipad tu dia banyak boleh nyanyi ok....bukan tak ok tapi perlu hadkan.....

harap pengalaman aku ini boleh di kongsi dengan korang...seronok dengan perubahan dia walaupun setakat pandai main dengan ULTRAMAN....lagi satu spiderman ni pun bagus ko nampak kat dada dia tu dia tau itu spider @ labah labah...

NOTE: kanak kanak bermain dengan fantasi itu adalah NORMAL.....
kanak kanak yang tak nak main, duk diam, tengok jer tak reti main itu ABNORMAL....

INILAH ORANG NYER
sila tangkap kalo jumper....WANTED

1 comment: