Hari ini aku nak kongsi satu maklumat lagi yang mungkin membantu member member yang ada anak tapi masih belum bercakap.......
Sebagai mak kita kenelah alert mengenai anak anak terutama perkembangan mereka...............
aku memang dan suka lihat anak aku n perkembangan nya dan aku musykil kenapa bila anak saudara aku dah boleh panggil ibu tp anak aku takde diam je............
dia tak suka main sendiri........dia memang nampak lain dan bila aku tunggu nak berjanggut gak sampai umur 2 tahun 3 bulan dia boleh sebut OPAH....
tu pun aku opah laki aku opah.....serius amat membimbangkan......jadi kebetulan mak aku kerja di hospital pada tahun 2013 so aku decide jumpa pakar pediatrik di hospital kerajaan.....
ya ramai orang tak tau hospital kerajaan dah ada pakar pakar yang berkaitan untuk dirujuk dan mereka berpengalaman ok....
Setelah jumpa Pakar Pediatrik doktor telah merujuk aku ke Pakar Telinga, Pakar pertuturan dan Pakar Cara Kerja.....mereka adalah kumpulan yang akan membantu anak aku menyelesaikan masalah..........keputusan ditangan mereka untuk menilai anak aku samada bermasalah @pun tak.....
Jadi kami dapat appoiment Pakar Telinga dulu ya allah maha besar memang ini petunjuk nya ya telinga danish bacaan lari ok....
masa tu keputusan sangat teruk normal budak 30db tapi anak aku 65db.......so maknya pendengaran dia tak normal....jadi diowang bagi ubat titik dalam hidung n syrup so aku rasa dekat 6 bulan kiteorang buat cek up tapi result sama je kanan n kiri kejap ok kejap tak ok.......jadi doktor decide bulan tiga 2014 buat operation untuk masukkan Grommet dalam telinga untuk buang air yang bertakung d belakang gegendang......
Aku kalo dengar operate ni memang ketar lah kan.....so aku pun decide bagi seminggu untuk fikir.....dalam seminggu tu aku jumpa doktor swasta sama gak bacaan pastu ok lama pastu tak ok balik....maknanya memang tak kan ok doktor swasta pun nak wat operate gak.......
wah memang takut gak ni tapi aku nekad kalo betul n tujuan nya allah dah tetapkan aku rela dan izinkan.....huh ketaq lutut weh sian anak aku.....
Jadi semakin dekat hari nya semakin berdebar last anak anak aku demam batuk pada tarikh itu dan ditunda ke 28/7/2014 ya dah lepas dah baru aku buat entry ni lama dah kan dalam tiga minggu jer...
Memang kami laki bini dalam keadaan tenang dari tarikh sebelum ni yang sangat sangat cuak....segala galanya aku berserah kepada Allah kerana dia lebih tau kenapa anak aku???????
Oleh sebab pertuturan dia lambat jadi aku mengambil keputusan yang sangat kuat untuk melakukan Pembedahan itu denga redha....
Ya aku sangat happy sebab Pembedahan itu telah memberi inspirasi yang baru, watak baru, cerita baru oleh Danish yang ketika ini sangat sangat memberangsangkan buat aku, ayah n adik dan tak sangka CIKGU juga selalu puji danish.........maknanya Pembedahan itu amat membantu danish dalam Perkembangannya......................ALLAH maha besar.
Ya selepas Pembedahan kami bersahur kerana pada 29/7/2014 yang lepas hari pertama puasa alhamdulilah tinggal kami berdua yang bersahur di wad semua pasakit dah discharge kecuali danish
memang hari yang mulia sangat...
Jadi untuk korang jika anak tidak boleh panggil korang mak, ayah lagi atau 2,3 perkataan sahaja bawalah berjumpa therapist kerana pada umur 2 tahun kanak kanak boleh buat 2 patah perkataan kalo lebih tu lagi bagus lah kan.....contohnya nak susu, ayah balik, main bola, nak minum.........so kene prihatin sikit ye mak mak........