Tuesday 23 December 2014

AURORA setahun dah diajar bercakap


Assalam.....



nak kongsi dengan korang tips cara atau teknik anak setahun boleh diajar bercakap tapi perlu ada TARGET tau......aku pun bukanlan sesiapa nak korang percaya cakap aku pun kan tapi aku pun masih belajar dan nak share kepada sesiapa yang nak tahu lah.......

Sebenarnya umur setahun ni senang kalo kiter nak ajar sebab dia ikut jer kiter cakap apa.......tapi cakap benda yang elok elok jer lah erk.....dekat sini aku nak share teknik yang aku pernah diberi pendedahan bila pergi terapi pertuturan saja nak share ngan korang lah...

1) Latih daya kefahaman anak...
* time time mandi tu kan suruh anak tunjuk mata, hidung, mulut, tangan, @pun time time pakai      
    pampers tu ha boleh la tunjuk anggota badan dia sambil nyanyi nyanyi ker atau geletek dier  mesti       suka punya......
* Pastu suruh dia tunjuk barang di sekeliling rumah cthnya: tv, kipas, lampu, meja, kerusi bagi dia
   kenal benda sekeliling dia dulu....
* Latih anak ikut arahan mudah contoh 'tutup pintu' 'ambil botol' 'buang sampah' 'sepak bola' tapi
   sebelum ko bagi arahan ko kene tunjuk dulu lama lama dia pandai lah yerk....

2) Ajar anak sebut setiap perbuatan hariannya.....
* sebut ikut situasi atau semasa aktiviti yang dilakukan masa itu cth: 'jom baca buku' 'ayah main bola'    'mama kerja' 'ayah buat kerja'
* mereka belajar dengan memerhati dan mendengar sebut dengan jelas satu persatu. Jangan sesekali ikut pelat anak 'ala bucuk mama' cakap dengan jelas dan terang 'ala busuk mama'

3) Bunyikan bunyi bunyi yang bermakna...
* 'meow' untuk kucing, 'moo moo' untuk lembu, 'brum brum' untuk kereta, 'neno neno' untuk bomba,      'aum' untuk makan, 'uk uk' untuk buang air besar, 'ieee' untuk busuk.....kalo boleh buat ngan muka      muka sekali k.... biar nampak real baru dia seronok nak bertutur kan....

4) Wujudkan peluang untuk dia meminta
* Letakkan mainan kegemaran dia di tempat yang tinggi tetapi masih boleh nampak ataupun
* Letakkan barang didalam balang yang lutsinar yang boleh nampak objek tersebut....supaya bila dia nak dia akan cakap 'nak nak' ha kan dia cakap tuh dia meminta dengan sebutan ok.....

Tidak semestinya perkataan pertama anak korang mama, ayah tau.....macam anak sulung aku opah anak kedua aku nak......tapi jangan lah sedih jika anak korang tak panggil mama @ayah sebab mungkin dia tengah belajar perkataan lain selain mak ayah dia kan....jadi sabar sabar mungkin bukan bulan ni, tapi bulan depan, atau kalo bukan bulan depan tahun depan atau kalo bukan tahun depan tahun lagi satu ker kan heheh sabar banyak banyak erk usaha jer jangan jemu.....

Semoga perkongsian ini berguna....


1 comment:

  1. Tips yang bagus, nanti YY boleh apply kat Qaireen . Now pun dah selalu bercakap dengan dia , walaupun di balas dengan bahasa baby .

    ReplyDelete