Monday 23 February 2015

BERJAYA pegang PENSIL dengan BETUL

Assalammualaikum korang....

Seronok sangat sangat huh lega sikit terima kasih kerana korang masih sudi membaca blog saya yang serba kekurangan ni hehehe tapi sebab nak kongsi kan kegembiraan ni dengan ibu ibu kat luar sana n harap menjadi inspirasi kepada orang lain jugak dan dapat share pengalaman ini dan berharap agar dapat belajar lagi untuk menjadi mama yang berkualiti heheheh......insyaallah

Allah maha mendengar dan ALLAH maha berkuasa tiada yang mustahil dalam hidup ini...

apa yang kita minta tak cepat lambat akan termakbul jugak alhamdulilah....

Lagi sekali aku rasa nikmatnya apabila mengorbankan masa untuk anak anak dirumah adalah jalan terbaik dalam hidup aku walaupun aku seorang mama yang bekerja dan sekarang aku boleh bukti kan bahawa tiada yang mustahil dalam hidup kita kerana ALLAH lebih tahu dimana kita patut diuji...

Insyaalah aku dapat inspirasi ini apabila aku mula belajar erti kesabaran dengan anak anak...
sukar sebenarnya untuk aku kuat semangat tetapi bangun dan duduk aku hanya ALLAH dan SUAMI yang tahu alhamdulilah ALLAH kurniakan suami yang kasih sayang nya tiada bandingan dan anak anak yang comel dan sangat sangat dengar cakap alhamdulilah...

ok kiter teruskan dengan sharing is caring kan kan.....
sebelum aku cerita panjang lebar lagi ingin aku share sikit pengalaman ini....

masuk sahaja tahun 2015 aku kene set mine yang anak aku MUHAMAD DANISH sudah masuk 5 tahun walaupun masa kritikal dia ada dalam 10 bulan lagi kalau nak baca kat sini tentang masa kritikal kanak kanak erk....

jadinya cikgu di taska takkan paham apa itu masa kritikal aku saja yang tahu jadi walaupun anak aku baru 4tahun 2bulan tapi aku perlu yakin kan anak aku bahawa 'Along dah besar sayang' erk susah kan nak terang kan kepada dia anak aku yang sulung ni lembut n manja sikit berbanding adiknya AIRIS AURORA tu kan hehehe dak debab tuh....

masuk jer sekolah murid murid diberi masa seminggu dalam bulan satu tu untuk pegang pensil dengan betul ya memang ramai yang tak reti pegang pensil n tulis dengan betul termasuk lah anak aku ok.....
Mama kembali STRESS n perlu buat sesuatu kan so mama cuba main dengan danish lebih masa dengan PLAY DOUGH n mama beli pensil JUMBO kat popular ya hari hari tapi masa mama suntuk untuk buat dalam seminggu dua seperti yang cikgu nak kan jadi mama agak buntu bila minggu itu berakhir mama tahu danish masih tak boleh pegang dengan betul dan dia tak paham bagaimana ikut titik titik itu...

pagi pagi cikgu bagi tahu mama yang DANISH sorang yang masih belum boleh pegang pensil n tak nak tulis NANGIS tau....erm mama pun nak nangis rasanya....mama kata tak per danish mama akan buat danish tulis sampai boleh itu janji mama sayang....(tapi masih buntu apa yang perlu buat)

hari hari pergi sekolah dia mesti mengelat tak nak pergi sampai kat pintu sekolah mesti dia duk belakang mama memang membimbangkan mama kan sebab risau dia tak minat langsung nak masuk kelas sebab tak suka tulis tu jer...

ok mama cuba faham dia tahu kalo dia tak suka dia langsung takkan nak tapi kalo dia suka tak payah paksa jam jam tu dia masuk tau tak payah paksa....nampak yang dia STRESS dengan keadaan tuh....

mama setiap hari berdoa agar ALLAH dapat bagi petunjuk yang betul untuk dapat kan cara yang baik dan bagus untuk danish suka menulis jadi ini lah keajaiban ALLAH sangat besar aku merasai nikmatnya alhamdulilah....kesedihan bukan lah ukuran hidup jadi pikirlah positif agar allah memberi jalan yang positif jugak...

aku sedikit merasa gembira apabila aku dapat tahu yang cikgu CARA KERJA danish dah bertukar dan diganti dengan cikgu NORITA cikgu lama dia...aku suka cikgu tu dia memahami anak aku macam aku memahami danish jugak aku dapat rasa yang dia raksi dengan anak aku...
dan alhamdulilah pada hari pertama appoiment dengan nya suami yang bawak anak untuk pergi ke cara kerja tuh....sebelum sempat suami menceritakan STRESS anak kami tetibe cikgu Norita tu sendiri direct tanya suami macam mana danish dah boleh tulis kat sekolah dah?

Ya allah bila suami menceritakan balik pada aku ya aku terkejut dan itu lah soalan yang aku nak suami aku tanya dia jadinya suami aku cerita dengan cikgu Norita bahawa danish sekian sekian...

'Tak pe' Saya uji dia dulu nanti saya ajar encik macam mana nak ajar dia di rumah....

setelah selesai sesi sejam bersama cikgu Norita ayah dipanggil masuk dan melihat sendiri result nye yer memang dia ada masalah untuk pegang pensil tapi jangan risau balik ajar dia guna benda ni tengok gambar bawah ni ini lah alat yang membantu danish menulis...

ini lah benda tu lembut je macam getah aku pun suka kalo tulis pakai ni dia ada ada bentuk untuk letak jari telunjuk, ibu jari dan jari hantu...

tapi sebelum dia tulis abc ajar dia buat garisan lurus putus putus dan warna kan bulatan yang besar tanpa corak di dalam nya sahaja itu sahaja.......

colour dalam bulatan kalo luar bulatan mama baling mercun hahahah

jadi balik ayah ajar mama n praktikalnya mama lah yang laksanakan untuk danish......
agak sukar pada mulanya tapi sebab danish senang di beri arahan maka nya danish berjaya dalam masa 2 minggu ni danish boleh pegang pensil dengan betul dan tahu sambungkan titik titik yang mama berikan.....dan kemungkinan besar danish dah boleh sambung bentuk segi empat, bulatan dan segi tiga mama bagi tumpuan ini lebih berbanding abc sebab masih terlalu awal jugak untuk perkenal kan pada danish...

Khusyuk jer tuh erm nasib adik tak sibuk

ya anak anak ada tahap dia mungkin ada yang cepat dan ada yang lambat jadi ikut perkembangan nya kalo rushing sangat takut tak terkejar tercicir pulakkan jadi mama ambil pendekatan untuk ikut danish bukan ikut mama kalo ikut mama nak suruh danish hafal sifir jer hahahah...

tu tulis sambil nyanyi erm suka lah tu...

alhamdulilah danish dah boleh tulis dengan betul tanpa dipaksa...

+++++mama suka cikgu lagi lagi suka+++++++

2 comments: