Thursday 29 January 2015

MAINAN pilihan aku

Assalam maaf entry blog semakin lemau kerja banyak so bila free jer tulis kkkkk

MAINAN....



wah semua orang suka mainan bukan anak jer ok aku pun suka jugak lagi kalo anak aku lagi lagi lah suka kan TAPI kiter orang dewasa dah tahu menilai atau expect cara kita bermain dengan permainan tersebut betul tak???

Tapi anak kecil macam anak anak aku belum tahu erti bermain atau cara hendak bermain dengan permainan tersebut lagi lagi kalo yang kecik kecik kan............selalu nya untuk memilih mainan bagi aku memang sukar walaupun harga murah ataupun mahal kerana mainan itu perlu ada ciri ciri yang membantu anak aku bermain lagi lagi dari segi fizikalnya, warnanya, teksturnya, bahannya dan macam macam lagi lah sebab mainan adalah paling penting untuk kanak kanak belajar cara bermain...

Dolu dolu aku cam tak suka nak beli menan menan nih tau aku rasa macam membazir, lagi aku tak boleh tengok sepah sepah merata rata ni mesti aku kerja nak ngutip jer simpan.......ye aku belajar belajar untuk menjadi parents yang memahami anak memasingkan untuk anak sulung macam tak reti jer start aku pregnant anak ke-2 dan atas sebab sebab tertentu aku perlu bangun dari dunia aku yang tak kesah pape tu....ok Melentur biar dari Rebungnya.....ok sejak sejak menulis blog ni selalu share ngan korang pasal parenting bagai kan.....so aku ada misi aku bukan sesaja nak menunjuk atau bukan sesaje nak tunjuk muka anak aku tapi untuk kongsi pengalaman aku dan berkongsi pengalaman orang menjaga anak dan cara untuk menjadi mama yang memahami anak sendiri dan dalam masa yang sama bekerja...

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul....yes serius korang rasa senang ker susah tapi aku buat kerana ALLAH dan buat kerana SUAMI n ANAK ANAK aku....alhamdulilah aku tak rasa penat pun......

ok untuk MAINAN kat atas ni aku didedahkan di pakar kanak kanak. Ye kanak kanak juga boleh meluahkan perasaan melalui MAINAN ok macam mana nak kecam nya itu aku pun masih melihat, tengok dan tunggu lagi. Ketika mereka berimaginasi itu mereka sedang memahami sesuatu yang kiter sendiri pun tak berapa nak pasti apa yang mereka nak sampaikan kan....hehe kretip sangat tuh....

Mainan miniature ni aku tiru pakar ye lah balik kene buat balik atau senang cakap tiru sejibik macam mana pakar main ngan anak aku kan so aku pun kene lah beli ala ala dia kan...huhuhu isnin ni masuk kelas lagi...

Mainan ini bagus untuk menentukan giliran, menambahkan suku kata pertuturan, mematuhi peraturan, koordinasi mata, tangan dan untuk eye contact yang bagus iaitu FOKUS

ya semakin aku memahami tahap kefahaman anak aku semakin aku yakin fokusnya kini tinggi berbanding dahulu ini secara pemerhatian aku.......tapi target pakar pada seseorang kanak kanak yang berprogress adalah tinggi, berbanding mak bapak macam aku aku dah rasa hebat dah anak aku tapi diowang tak pakar akan buat mak bapak stress sebab dia nak kiter bantu anak kiter jugak jangan harap bulan jatuh ke riba jangan harapkan terapi kerana mereka sebulan sekali jumper jadi mak bapak adalh terapi yang paling baik di dunia untuk anak anak...jadi mari lah duduk sama tinggi dengan anak anak iaitu bermain bersama, memahami kesukaan mereka, meletakkan diri sebaya atau separas mereka kerana mereka memerlukan kasih sayang dan tumpuan yang tinggi untuk bertapak ke depan dengan jayanya.........itu harapan setiap mak bapak kan.....

SABAR menghadapi mereka adalah sukar bagi aku tapi aku boleh tahu kelemahan setiap anak aku kerana aku melakukan terapi itu setiap hari tanpa jemu dan penat even 10 minit pun aku tetap spent time bersama mereka.......dirumah memang sedia kan satu bilik untuk mainan sahaja tak per asalkan anak anak suka dan nak main itu aku suka......cuma satu yang aku tak leh buat bila sepah jer aku nak bebel bebel penat gak bila dah bebel....tapi hakikat nya biarkan bersepah pastu ajak dia sama sama kemas ye danish dah tau kalo mama panggil kemas dia buat tak tau jer cmfirm mama tarik tangan dia ajak kemas jugak so terpaksa ikut peraturan kerana dirumah mama cikgu disiplin........jadi haruslah patuh so far anak aku boleh dengar aku dan boleh kemas barang selapas main....

Nota: itu mama suka
yang tanya aku beli kat mana tu aku beli kat blogger Aku Bukan Bidadari (Aty Fared)

3 comments:

  1. mainan tu beli dekat mana isno?comella...:)

    ReplyDelete
  2. beli kat blogger Aku Bukan Bidadari
    http://vanillapink3113.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Setuju tu...sebab anak-anak umur bawah 6 tahun ni banyak belajar melalui bermain kan..jadi elok sangat la permainannya pun dipantau.

    ReplyDelete