Thursday 8 January 2015

TUTU NINI......

Assalammualaikum salam jumaat.....

hari ni macam lemau sikit nak kejer yelah esok dah sabtu kan tapi tetap semangat sebab hari jumaat penghulu segala hari.....

ok hari ni nak share lagi berkaitan dengan terapi pertuturan insyaalah selagi ilmu tu mendatang aku akan kongsikan dengan korang erk......

kan aku pernah buat entry berkaitan  Aurora setahun dah diajar bercakap klik link untuk baca. Ha memang semua budak bercakap kan pada umur setahun tapi bercakap erti kata lain bertutur dengan perkataan yang macam orang besar cakap clear tak de pelat atau pun tak de slengh ha gitew....



Kanak kanak pada bawah setahun selalu mengeksplor dengan sentuh, rasa, gigit, dan macam macam lah untuk mereka mengenal tekstur dan corak sesuatu objek tuh.....ok bila korang dah bagi semua benda anak korang rasa kan contoh koyak tisu, bagi pegang colour water, main playdough, kinetic, bagi rasa jenis jenis kain kan......

ok setart aje dia umur setahun benda yang dia dah biasa tuh dia takkan masuk mulut ok sebab dia dah pernah rasa segala jenis tapi jangan lah ko biar jer kan kene pantau ok......dari umur setahun perkenalkan dia dengan sebutan dulu rasa tengok jer kan sekarang masanya untuk praktikalkan perkataan pulak...

ok aku pernah bagi tau kan bercakap ikut situasi dalam entry tu kan ok sama jer cuma aku nak tambah sikit kebanyakan pakar bagi tau lah erk bukan aku yang kata kalo budak tunjuk TU TU NI NI itu tidak dikira bercakap....lagi dia akan tunjuk jer ambil tangan suruh mak ambil, kalo nak minum susu pun "mama tu tu" ha alert sikit erk itu bukan bahasa malaysia yang betul ok.....

pertama sekali kalo nak ajar perlu ada target ok...target bahasa.....ok cth ko nak bagi barang mesti guna perkataan "nak" kan jadi targer hari ni perkataan 'nak'...

Situasi - ko main bola ngan anak....ok situasi kalo ada tiga orang lagi bagus contoh mama, ayah, adik....ok tiga watak kat sini....

adik : tutu nini ninin tutut
mama : nak...oh adik nak.....adik nak ni......nak  nak nak nak
adik : tutut nini nini
mama : ayah nak...ayah nak ni tak....ayah nak nak nak
ayah : nak nak nak
mama: ayah nak er nak erk...(bagi pada ayah)
............
ayah : adik nak, nak ni adik nak nak nak
adik : nak ni nak...
(berjaya)

itu untuk perkataan untuk 1 sebutan sahaja kalo ko nak 2 sebutan contoh nak bola jadi ko kene banyak sebut nak bola tu berulang ulang tau jangan sekali jer....nanti dia tak ingat ok...
lagi aku selalunya apa yang dia nak atau dia main mesti sebut berulang kali tapi bila dia dah berjaya sebut nak ko sambung perkataan tu menjadi 2 patah perkataan pulak nak bola, nak minum, nak susu macam macam lah abc, 123 itu bukan perkataan ajar anak bercakap perlukan penggunaan bahasa 2 hala ok ......

bonus untuk ko aku tambah lagi jadikan pertuturan korang dengan anak tanpa memaksa kurang kan tanya soalan tapi jadi kan ayat penyata ok cth: ayah mana?(ayat tanya), ayah kerja..(ayat penyata) mereka takkan paham soalan tapi dalam bertanya kite memberi jawapan......

REWARDS ok ini lagi satu kalo korang nak kan dia bercakap bila dia boleh sebut satu sebutan ko kene automatik bagi rewards ni tau contoh buih kalo dia dapat sebut nak tadi ko tiup buih tu bagi dia seronok jangan bagi  barang yang dia nak jika dia tak sebut perkataan target ko melalak lah jangan bagi.....sebab paham ada budak yang memang nak kiter jer dengar cakap dia kan...

jadi ini melatih mereka memahami konsep giliran dan peraturan jadi mereka tidak boleh mengambil giliran orang lain mesti tunggu sampai giliran mereka dengan adanya rewards kanak kanak akan lebih suka untuk bercakap kerana kiter tak paksa mereka tetapi mereka paksa diri bercakap kerana seronok akan mendapar rewards tu jadi dengan spontan dia akan sebut.....

contoh rewards bubble, guli masukkan dalam botol, sticker, (benda yang dia suka atau rewards jangan biarkan mereka main perlu disimpan tempat lain agar benda itu sebagai umpan untuk mereka menyebut perkataan...ok itu saja semoga bermanfaat...

NOTA: jangan banyak guna ayat tanya tapi guna ayat penyata...

No comments:

Post a Comment