Thursday 29 January 2015

MAINAN pilihan aku

Assalam maaf entry blog semakin lemau kerja banyak so bila free jer tulis kkkkk

MAINAN....



wah semua orang suka mainan bukan anak jer ok aku pun suka jugak lagi kalo anak aku lagi lagi lah suka kan TAPI kiter orang dewasa dah tahu menilai atau expect cara kita bermain dengan permainan tersebut betul tak???

Tapi anak kecil macam anak anak aku belum tahu erti bermain atau cara hendak bermain dengan permainan tersebut lagi lagi kalo yang kecik kecik kan............selalu nya untuk memilih mainan bagi aku memang sukar walaupun harga murah ataupun mahal kerana mainan itu perlu ada ciri ciri yang membantu anak aku bermain lagi lagi dari segi fizikalnya, warnanya, teksturnya, bahannya dan macam macam lagi lah sebab mainan adalah paling penting untuk kanak kanak belajar cara bermain...

Dolu dolu aku cam tak suka nak beli menan menan nih tau aku rasa macam membazir, lagi aku tak boleh tengok sepah sepah merata rata ni mesti aku kerja nak ngutip jer simpan.......ye aku belajar belajar untuk menjadi parents yang memahami anak memasingkan untuk anak sulung macam tak reti jer start aku pregnant anak ke-2 dan atas sebab sebab tertentu aku perlu bangun dari dunia aku yang tak kesah pape tu....ok Melentur biar dari Rebungnya.....ok sejak sejak menulis blog ni selalu share ngan korang pasal parenting bagai kan.....so aku ada misi aku bukan sesaja nak menunjuk atau bukan sesaje nak tunjuk muka anak aku tapi untuk kongsi pengalaman aku dan berkongsi pengalaman orang menjaga anak dan cara untuk menjadi mama yang memahami anak sendiri dan dalam masa yang sama bekerja...

Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul....yes serius korang rasa senang ker susah tapi aku buat kerana ALLAH dan buat kerana SUAMI n ANAK ANAK aku....alhamdulilah aku tak rasa penat pun......

ok untuk MAINAN kat atas ni aku didedahkan di pakar kanak kanak. Ye kanak kanak juga boleh meluahkan perasaan melalui MAINAN ok macam mana nak kecam nya itu aku pun masih melihat, tengok dan tunggu lagi. Ketika mereka berimaginasi itu mereka sedang memahami sesuatu yang kiter sendiri pun tak berapa nak pasti apa yang mereka nak sampaikan kan....hehe kretip sangat tuh....

Mainan miniature ni aku tiru pakar ye lah balik kene buat balik atau senang cakap tiru sejibik macam mana pakar main ngan anak aku kan so aku pun kene lah beli ala ala dia kan...huhuhu isnin ni masuk kelas lagi...

Mainan ini bagus untuk menentukan giliran, menambahkan suku kata pertuturan, mematuhi peraturan, koordinasi mata, tangan dan untuk eye contact yang bagus iaitu FOKUS

ya semakin aku memahami tahap kefahaman anak aku semakin aku yakin fokusnya kini tinggi berbanding dahulu ini secara pemerhatian aku.......tapi target pakar pada seseorang kanak kanak yang berprogress adalah tinggi, berbanding mak bapak macam aku aku dah rasa hebat dah anak aku tapi diowang tak pakar akan buat mak bapak stress sebab dia nak kiter bantu anak kiter jugak jangan harap bulan jatuh ke riba jangan harapkan terapi kerana mereka sebulan sekali jumper jadi mak bapak adalh terapi yang paling baik di dunia untuk anak anak...jadi mari lah duduk sama tinggi dengan anak anak iaitu bermain bersama, memahami kesukaan mereka, meletakkan diri sebaya atau separas mereka kerana mereka memerlukan kasih sayang dan tumpuan yang tinggi untuk bertapak ke depan dengan jayanya.........itu harapan setiap mak bapak kan.....

SABAR menghadapi mereka adalah sukar bagi aku tapi aku boleh tahu kelemahan setiap anak aku kerana aku melakukan terapi itu setiap hari tanpa jemu dan penat even 10 minit pun aku tetap spent time bersama mereka.......dirumah memang sedia kan satu bilik untuk mainan sahaja tak per asalkan anak anak suka dan nak main itu aku suka......cuma satu yang aku tak leh buat bila sepah jer aku nak bebel bebel penat gak bila dah bebel....tapi hakikat nya biarkan bersepah pastu ajak dia sama sama kemas ye danish dah tau kalo mama panggil kemas dia buat tak tau jer cmfirm mama tarik tangan dia ajak kemas jugak so terpaksa ikut peraturan kerana dirumah mama cikgu disiplin........jadi haruslah patuh so far anak aku boleh dengar aku dan boleh kemas barang selapas main....

Nota: itu mama suka
yang tanya aku beli kat mana tu aku beli kat blogger Aku Bukan Bidadari (Aty Fared)

Tuesday 20 January 2015

PINKY WINKY

Assalam....




dah lama tak update blog ni....
tah rasa cam kosong jer semenjak seminggu nih cam tak besh jer erm biarkan jerlah minggu moody tukan...

start minggu nih nak ceria ceria sikit lah so nak buat entry pasal warna PINK..
ok cakap pasal anak perempuan tah aku pun tak tau napa tak leh tukar warna pink kepada warna ungu ker, warna merah ker, warna biru ker, warna warni ker.....


entah se aku beli barang tak kira baju, kasut, hair band, stokin, subang, buah rantai, dll semua pink aku pun perasan masa beli tak perasan tapi bila tengok almari adik AURORA ha betullah semua pink kalo ada pun 1, 2 warna lain tu pun orang yang bagi atau pengasuh bagi.....

mungkin sebab aku memang peminat tegar warna pink kot hehehe....
kalo boleh ha kalo boleh umah aku semua aku nak buat colour pink tapi tak nak lah nanti orang kata dah macam disneyland dah....

tapi aku pernah terfikir nak buat satu sudut kat rumah aku tu HELLO KITTY warna PINK kan dekat shelf jer lah since aku ada anak dara tak der lah nampak sangat aku suka PINK kan jadi ada lah sebab anak perempuan kan dulu dulu masa danish jer aku bosan beli baju macam tu jer paternnya tapi bila dah ada anak perempuan ni kekadang banyak beli barang adik dari along...

selalu ayah diorang perasan tetambah hair bank n kasut....adik dah pandai pakai kasut jadi nya aku beli lah sliper kasu tinggi, kasut sarung dengan harapan raya nanti boleh pakai WEDGES sama ngan mama berangan jap...
entah bila bear nanti adik aurora minat tak pink sebab sekarang dia tak reti pilih lagi sedap jer mak ko pilih pink memanjang..

tapi danish sejak sejak ni asyik SPIDERMAN jer sampai pergi sekolah pun nak pakai baju spiderman tuh....jenuh mak ko pujuk pepagi nak pergi sekolah tapi alhamdulilah itu adalah normal bagi kanak kanak sampai satu tahap dia ada keinginan dia dan pilihan dia itu yang mama suka tapi kalo bab pergi sekolah tetap kene tegas tapi kekadang tewas pepagi mama terpaksa umpan aiskrim pop, keropok, atau pun IPAD sebelum masuk kereta....payah jugak kalo ayah kerja pagi kan mama lah sorang sorang siapkan anak anak kan mama siap g dah sejam kan......haha

ok tu jer nak cerita petang ni nak balik dah ok jumpa lagi di lain entry

NOTA: korang suka PINK tak??

Thursday 8 January 2015

TUTU NINI......

Assalammualaikum salam jumaat.....

hari ni macam lemau sikit nak kejer yelah esok dah sabtu kan tapi tetap semangat sebab hari jumaat penghulu segala hari.....

ok hari ni nak share lagi berkaitan dengan terapi pertuturan insyaalah selagi ilmu tu mendatang aku akan kongsikan dengan korang erk......

kan aku pernah buat entry berkaitan  Aurora setahun dah diajar bercakap klik link untuk baca. Ha memang semua budak bercakap kan pada umur setahun tapi bercakap erti kata lain bertutur dengan perkataan yang macam orang besar cakap clear tak de pelat atau pun tak de slengh ha gitew....



Kanak kanak pada bawah setahun selalu mengeksplor dengan sentuh, rasa, gigit, dan macam macam lah untuk mereka mengenal tekstur dan corak sesuatu objek tuh.....ok bila korang dah bagi semua benda anak korang rasa kan contoh koyak tisu, bagi pegang colour water, main playdough, kinetic, bagi rasa jenis jenis kain kan......

ok setart aje dia umur setahun benda yang dia dah biasa tuh dia takkan masuk mulut ok sebab dia dah pernah rasa segala jenis tapi jangan lah ko biar jer kan kene pantau ok......dari umur setahun perkenalkan dia dengan sebutan dulu rasa tengok jer kan sekarang masanya untuk praktikalkan perkataan pulak...

ok aku pernah bagi tau kan bercakap ikut situasi dalam entry tu kan ok sama jer cuma aku nak tambah sikit kebanyakan pakar bagi tau lah erk bukan aku yang kata kalo budak tunjuk TU TU NI NI itu tidak dikira bercakap....lagi dia akan tunjuk jer ambil tangan suruh mak ambil, kalo nak minum susu pun "mama tu tu" ha alert sikit erk itu bukan bahasa malaysia yang betul ok.....

pertama sekali kalo nak ajar perlu ada target ok...target bahasa.....ok cth ko nak bagi barang mesti guna perkataan "nak" kan jadi targer hari ni perkataan 'nak'...

Situasi - ko main bola ngan anak....ok situasi kalo ada tiga orang lagi bagus contoh mama, ayah, adik....ok tiga watak kat sini....

adik : tutu nini ninin tutut
mama : nak...oh adik nak.....adik nak ni......nak  nak nak nak
adik : tutut nini nini
mama : ayah nak...ayah nak ni tak....ayah nak nak nak
ayah : nak nak nak
mama: ayah nak er nak erk...(bagi pada ayah)
............
ayah : adik nak, nak ni adik nak nak nak
adik : nak ni nak...
(berjaya)

itu untuk perkataan untuk 1 sebutan sahaja kalo ko nak 2 sebutan contoh nak bola jadi ko kene banyak sebut nak bola tu berulang ulang tau jangan sekali jer....nanti dia tak ingat ok...
lagi aku selalunya apa yang dia nak atau dia main mesti sebut berulang kali tapi bila dia dah berjaya sebut nak ko sambung perkataan tu menjadi 2 patah perkataan pulak nak bola, nak minum, nak susu macam macam lah abc, 123 itu bukan perkataan ajar anak bercakap perlukan penggunaan bahasa 2 hala ok ......

bonus untuk ko aku tambah lagi jadikan pertuturan korang dengan anak tanpa memaksa kurang kan tanya soalan tapi jadi kan ayat penyata ok cth: ayah mana?(ayat tanya), ayah kerja..(ayat penyata) mereka takkan paham soalan tapi dalam bertanya kite memberi jawapan......

REWARDS ok ini lagi satu kalo korang nak kan dia bercakap bila dia boleh sebut satu sebutan ko kene automatik bagi rewards ni tau contoh buih kalo dia dapat sebut nak tadi ko tiup buih tu bagi dia seronok jangan bagi  barang yang dia nak jika dia tak sebut perkataan target ko melalak lah jangan bagi.....sebab paham ada budak yang memang nak kiter jer dengar cakap dia kan...

jadi ini melatih mereka memahami konsep giliran dan peraturan jadi mereka tidak boleh mengambil giliran orang lain mesti tunggu sampai giliran mereka dengan adanya rewards kanak kanak akan lebih suka untuk bercakap kerana kiter tak paksa mereka tetapi mereka paksa diri bercakap kerana seronok akan mendapar rewards tu jadi dengan spontan dia akan sebut.....

contoh rewards bubble, guli masukkan dalam botol, sticker, (benda yang dia suka atau rewards jangan biarkan mereka main perlu disimpan tempat lain agar benda itu sebagai umpan untuk mereka menyebut perkataan...ok itu saja semoga bermanfaat...

NOTA: jangan banyak guna ayat tanya tapi guna ayat penyata...