ha paham tak apa itu tajuk....
dulu dulu masa anak dara, tak kawin lagi kan aku dulu suka tengok citer IMPIAN yang amy mastura berlakon tu.....ha kan ada dia buat bintang n letak impian dia dalam botol pastu tanam dalam tanah...
ha aku wat cam tu lah wat bintang banyak banyak buh dalam botol kaca yang cantik cantik tak jemu jemu wat benda tu ye lah aku tak leh boring ada jer benda nak buatnyer even masa tu keje casher je sebelum sambung belajar.....
so sekarang impian semua dah capai cuma impian nak keje ngan gov jer tak tercapai lagi....
jadi apa daku buat dengan bintang bintang ku......
Tara aku buat satu aktiviti khas untuk dak dak comei ni diowang memang tak leh nampak benda alah ni berebut nak main ye lah warna warni tekstur yang berbeza ada licin, kasar, bercorak dan yang paling suka berbentuk bintang kecil.......
apa yang aku nak kecoh sangat pasal bintang ini kerana kanak kanak suka pada warna warni, dan bentuk bintang memang kecik kecik dah nyanyi lagu Twinkle Twinkle kan so sambil wat aktiviti sambil nyanyi lah.....mak nyer yang hover ok hehehe sampai jiran depan umah selalu cakap oh semalam nyanyi erk danish.......sambil lompat bintang tau dengan mak mak sekali......adik tak leh lompat sebab buyat......
kenapa nama tajuk entri aku STAR MONTESSORI kerana bintang itu walaupun dibuat dengan kertas yang berbagai tekstur tapi tetap dapat rasa 5 bucu kat bintang tu dan bagus untuk eye contact diowang.
banyak yang boleh diaktiviti kan dengan benda ni contohnya; jadikan rewards, susun bintang kat dinding, wat sebagai montessori dengan memindah guna sudu, garpu atau ikut alphabet, atau boleh main masak masak pun boleh....
lagi satu kalo aku buat aktiviti yang berbeza dan contoh danish wat benda lain tak sama ngan adik akan menjadi aktiviti itu bergaduh so along nak sama dengan aktiviti adik walaupun sebenarnya mudah bagi along aktiviti ini tapi kita yang kene pandai cari aktiviti ini juga mencabar bagi dia iaitu saingan adik dia begitu teruja sedangkan sebelum ni kalo sorang sorang macam tak semangat jer....walaupun mereka tak kembar tapi naluri adik beradik tetap ada macam dalam perut mama hahaha bangga kan jadi MAMA sekarang.
yang penting MATLAMAT mama semalam boleh bermain lebih dari 20min maknanya mereka suka dan boleh wat aktiviti tu lama lama.....mama suka.....
ye adik buat tak bagi jatuh kalo jatuh sampai ke bawah cari.....misi tercapai
++++suka sebab guna bintang mama+++++++
No comments:
Post a Comment