Letih tak ada dalam kamus hidup saya selagi saya mampu dan terdaya (sihat) saya akan lakukan dan selagi tempoh itu tak capai dalam target saya selagi itu saya perlu lakukan......rasa macam nak berhenti jer kerja tapi masih terdaya lagi insyaalah mampu lakukan....dan saya terus dengan aktiviti malam semalam...
1) aktiviti MENABUNG
adik pandai gunakan jari jari nyer dan ini adalah aktiviti yang meransang motor halus adik...
dia boleh kutip semua bentuk duit syiling 5sen, 10sen, 20sen dan 50sen......
kalo jauh kan tabung tetap akan mencuba untuk menabung baik untuk eye contact adik...
kan mama kata sampai terkangkang kangkang dier sambil menabung sambil mengenal syiling, ayat bubuh, lagi, jatuh, habis dah, yeah....
2) PLAYDOUGH
adik tarik, tarik, cubit cubit, bagi pada mama tapi nasib dia tak masuk mulut sebab bila mama kata HEPP jer dia takut....ha kuasa tuh ha bukan senang nak mengajar budak budak kecik ni takut masuk mulut telan ha satu hal pulak...betul kata pn rubyatika bukan senang nak praktikal 'anda cuba baru tau'
Adik boleh bertahan hingga10min sahaja pastu ngamuk boring along boleh bertahan 20min-1/2 jam tak boleh lama lama ok....kalo dah boring tukar aktiviti lain bagi tak boring ok....
lepas danish buat bulat bulat mama mintak danish cucuk cekodok dia letak dalam bekas putih tanpa guna tangan guna pensil yang sama ha susah gak dia nak habiskannya....melatih tangan danish untuk memegang pensil dan mencengkam dengan kemas.....mama masih berusaha kerana danish masih lemah dalam memegang pensil dengan betul....ini salah satu aktiviti dia...
sampai selesai tugasan yang mama bagi lepas ni mama nak danish pilih aktiviti danish pulak......
3) aktiviti RING RING
sebenarnya aktiviti ni bila adik dah boring main PLAYDOUGH kat atas tu jadi mama cepat capai RING RING ni bagi dia buat sementara Along nak siapkan CEKODOK dia kan....heheheh
perangai adik dia memang akan siapkan sampai habis tapi kalo dia rasa kecewa tak boleh buat macam ni lah ghopernyer....
4) Aktiviti menjual BUAH, SAYUR dan MINUMAN
along yang pilih nak main ni katanya....jadi mama layankan ajer.....
danish dah pandai berimaginasi sejak biler baru lagi ha kan aku kata anak aku baru jer pandai berimaginasi dah 4 tahun tapi agak lewat dari budak lain tapi alhamdulilah berkat kesungguhan dia memang nampak positif nyer.....
sebenarnya main masak masak @ meniaga ni bukan lah permainan budak perempuan sahaja ya aku pada mula mula jumpe terapis pun aku pelik naper lah dia bagi anak aku main masak masak ngan anak patung....ha rupernyer ini adalah satu teknik yang mana kanak kanak tak kisah lah laki atau perempuan memang akan lebih tertarik dan seterusnya akan berimaginasi dan berfantasi dengan permainan ini....aku sendiri terjebak dengan berlakon seperti itu ok ....ye aku kene buat real ok kalo jiran dengan dah kenapa mak dia ni meniaga malam malam hah aku tak peduli orang nak kata yang penting aku seronok main dengan anak anak aku hehehehe kekadang ayah join sekali tapi masa kami main ayah kerja malam so mama layan jer lah...
masa ni adik jugak sibuk nak membeli kononyer cuma tunjuk jer tapi timbang along buat mama tukang bagi hint nak cakap per kira mama director lah kah kah kah...
5) aktiviti PUZZLE (mama buat sendiri jer)
last aktiviti ringan danish matching puzzle KATAK, KUCING, EPAL & ANGGUR
danish dah pandai matching dan tak susah nak ajar lebih dari satu gambar.....
NOTA:buataktivitiikutminatanakinsyaalahberjayatarikhatimerekauntukbuatbersamaselamasejam
MATLAMAT TERCAPAI
No comments:
Post a Comment