Sunday, 16 November 2014

Faktor Risiko dan Tanda-Tanda


Kanak-kanak berikut adalah yang berisiko untuk mengalami masalah pertuturan:

1) Ada sejarah keluarga yang mengalami masalah pertuturan.
2) Pernah mengalami masalah kesihatan (sawan, lemas semasa proses kelahiran)
3) Pernah dimasukkan ke NICU semasa bayi.
4) Pernah menghadapi menghadapi masalah untuk makan (hanya minum susu saja atau hanya makan bubur saja walaupun telah masuk usia 2-3 tahun)
5) Terdedah dengan tv dan gadgets sejak umur 1 tahun dalam tempoh lama setiap hari.
6) Lambat perkembangan fizikal (contoh: dah umur 1tahun 6bulan, masih belum berjalan)

Ini pula merupakan tanda-tanda kepada masalah pertuturan:

1) Terlalu aktif, kurang tumpuan apabila dipanggil dan hanya tumpu pada apa yang dia nak buat saja.
2) Tidak berminat pada permainan biasa. Hanya suka menyusun, memusing dan membelek-belek. Tapi tidak bermain secara imaginasi atau tidak kisah langsung apabila diajak bermain.
3) Usia telah masuk 2 tahun, tapi perkataan yang disebut tidak sampai 20 perkataan.
3) Telah masuk usia 4 tahun, tapi pertuturannya masih tidak difahami 100% oleh orang dewasa. Malah masih banyak pelat dan ayatnya pula pendek-pendek saja.
4) Percakapan yang gagap
- mengulang sukukata “sasasasakit”
- mengulang perkataan “dia dia dia buat”
- tersekat bunyi “bbbbbuku”
- menunjukkan perbuatan sambil gagap (terkejip mata, angguk kepala, menghentak kaki)
5) Lidah terikat @ lidah pendek. Apabila jelir lidah, kelihatan lidah berbentuk daun atau berbentuk love.
6) Bunyi suara yang keluar sengau. Walaupun kelihatannya tiada pun sumbing pada bibir.




1 comment:

  1. salam..anak sy plak masih x bercakap sbb ade masalah pendengaran. Dikesan pd umur 1 tahun.pastu refer pakar sume..now dah 2 tahun 10 bulan pon still x bercakap. mri n ct scan aritu menunjukkan die xde saraf koklea di telinga dalamnya. which buat die x layak untuk go thru koklear implan di hosp sg buluh. ade gak suspek adhd sbb die x boleh tumpu sesuatu mnde dlm jangka masa yg lama. masa suspek adhd ni die umur 2 tahun..

    ReplyDelete