DEFINISI
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).
Sepanjang pembelajaran danish untuk pertuturan memang banyak dan perlu bantu dari segi KATA KERJA....iaitu perbuatan yang dia sendiri lakukan lah tak kisah lah semasa atau pun tidak.....
KATA KERJA banyak membantu danish dalam menambah perkataan jugak banyak improvement sekarang dah nampak 3 patah perkataan so boleh lah rushing sikit untuk belajar huruf, perkataan, buku cerita, macam macam boleh ajar bila dia dah boleh capai 3 patah perkataan....
BAGAIMANA CARA nya jom baca lagi....
kaedah macam biasa ikut pakar pertuturan so balik kene buat HOMEWORK mama ada homework ok...mesti buat tak boleh skip hari tau......
KAEDAH GUNA FLASH CARD selain dari tu boleh guna mr. google jer macam gambar gambar perbuatan so suruh dia buat ayat.....memula memang tak reti tapi bagi hint dan selalu ulang ulang ulang sampai dapat.......
untuk pastikan danish suka dan buat bersungguh sungguh mama pancing dia lepas habis FLASH CARD mama bagi main BUBBLE ala yang rm0.60 sen tu jer .....cmfirm laju je dia habiskan ayat...
TENGOK, PAHAM & FIKIR
susah kan tapi itu lah yang aku kene buat untuk pastikan dia TENGOK, PAHAM & FIKIR
ok jangan PUTUS ASA tiada yang mustahil belajar belajar belajar agar lebih kuat dan lebih berilmu...
JOM belajar...
Abang MINUM air
Abang BACA buku
Abang SEPAK bola
Mama MASAK meggie
gambar last tu danish suka cakap benda tu MAMA MALU hehhehe sebab depat terapist....
so simple jer tapi macam macam sebenarnya boleh wujudkan ayat yang lain....so apa yang dia fikir dan nak cakap biarkan asalkan keadaan dan situasi yang betul......jangan ko nak ikut ayat ko pulak kekadang biarkan dia rasa dia lagi pandai dari kita dan kita buat buat tak pandai tanya dia.....cmfirm dia suka bila dia suka buat sesuatu tanpa dipaksa bermakna dia paham dan terus melekat dan ingat.....
TARGET tercapai.......duduk sama tinggi bimbing mereka dengan cara dewasa jangan pukul n paksa takkan jadi pape n sia sia je usaha kita.........sesuatu yang terjadi ada hikmahnya jangan salahkan sesiapa muhasabah diri dan cuba jangan sekali pun mengalah insyaallah ALLAH ada bantu kita.....
No comments:
Post a Comment