Tuesday, 28 April 2015

my LOVELY COLLEAGUE Toh Theam Hock & Co

Assalam dan selamat tengahari kawan, friend, kakak, amoy, mummy, mak angkat.



first aku tulis ni sebab ada yang dah tahu so aku paksakan diri aku untuk tulis di blog untuk bacaan masa depan dan untuk my important person is my frend....

Pertama kali aku sendiri tak pasti kenapa perlu aku buat keputusan ini hanya tuhan saja yang tahu.....
memang sehabis pikir dah ni hehehe...tapi bisnes tetap jalan macam biasa....

entry kali ni khas untuk kawan kawan TOH THEAM HOCK & CO yang banyak banyak memory di sana.....sayang amoy amoy comey....

Habis jer kontrak dekat Pejabat Tanah aku diberi peluang bekerja di Pejabat Peguam TOH THEAM HOCK Taiping.....alhamdulilah yang ambil aku kerja masa tu Ms Teoh manager saya heheheh.......

Saya masuk kerja pada 17 Feb 2010 department convencying dekat dengan JW (June Wong) pada mulanya sangat tak biasa dengan keadaan di Pejabat terutama majoriti adalah cina sebab semua buat kerja laju jer ekspress jer berlari lari walaupun pergi fotostat kalo pergi tandas lagi lah lari pecut......ekspecially kak nor heheheh (jangan mara).....masa tu banyak benda kene belajar STRESS sebenarnya lagi lagi masa tu nak kawin lagi 3 bulan heheh....

Dari tahun 2010-2015

Masa ni banyak bekerjasama dengan ms teoh (kecik jer), ms june (popet), ms jane (tegas), alice (masa ni sombong sikit), bee ching (mummy), ms Jo (funny suka gaduh gak), ms phuah (secret frend), DODO (toto), ms ang (garang), kak maznah (dah berhenti), ms loh (lembut jer), ms chong (comel), kak ti (macam mak aku), encik husin (pak cik miang), andrew (kawan gaduh), uncle linggam (jarang cakap ngan dia nak mintak AR card jer cakap), kak nor (suka sembang pasal makanan), Ms Yew (so sweet), ms chan (suka gelak walaupun sedih), ms wai fen (suka popiah n satay), mrs ong (mummy), mr sara (suka sakat), ms lim (kecik jer), jessica (suka wat pelik pelik), kak nani (suka makan kat a rahman), lan(suka ejek cakap owang putih), ms Heng (apa HAI), ms chew (suka bagi makan), weediya (suka berfalsafah) dan ramai lagi lah tak ingat kan sebab staff banyak sangat tapi korang semua so sweet....

birthday UNCLE special ni

untuk pengetahuan korang esok 30-04-2015 aku last kerja dan selamanya ISNUR HIDAYAH tak jadi staff TOH THEAM HOCK lagi aku bagi tau awal sebab ramai dah tahu so tak sampai hati tipu korang aku nak mintak maaf banyak banyak kepada sesiapa yang terasa dengan aku sebab aku manusia biasa buat silap so i mintak maaf banyak banyak untuk kawan kawan yang pernah terasa atau sakit hati dengan saya......saya mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki tau sampai ibu jari sekali......im not perfect.....

gambar kami muda muda dulu

kakak kakak TOH THEAM HOCK & CO banyak banyak comel n baik hati......i tak pernah simpan apa apa pun I LOVE ALL of u.....mungkin baru 5 tahun di sana agak sukar untuk tinggalkan kenangan kawan kawan.........last trip i join CAMERON HIGHLAND arrange by ms ow yeang ying ai (lawyer sempoi), sayang korang sangat sangat....sayang sampai negeri CINA HAHAHHA....

takkan lupa MR TAN yang ensem tuh


so see u TOMORROW jangan kecam saya its URGENT RESULT

IF i wrong tu you plez plez plez forgive me MY DEAREST colleague......ok dadadaada

SAYONARA (sedih)


Wednesday, 8 April 2015

Asas Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak.

KENALI anak anak lebih awal.....seawal 2 tahun tau jom aku nak share ngan korang macam mana nak detect anak korang perlukan bantuan atau pun tidak......mak ayah boleh buat tapi mesti korbankan masa untuk anak anak lebih masa maka anak anak tidak akan ketinggalan dan akan sama level dengan kanak kanak lain percayalah....aku dah cuba seawal umur anak 2 tahun.....jika ada petanda dibawah BERTINDAK SEGERA.....



Kemahiran Pra-Pertuturan
1) Pandangan mata
2) Daya tumpuan
3) Memahami giliran
4) Bermain
5) Meniru
6) Memadankan persamaan

Kefahaman bahasa
- Menoleh apabila nama dipanggil
- Mengikut arahan mudah
- Mengikut arahan panjang
- Mengenal objek
- Mengenal anggota badan
- Mengenal gambar
- Mengenal lokasi
- Mengenal warna
- Memahami jenis soalan (siapa, bila, kenapa, mana, bagaimana?)

Penghasilan bahasa
- Memanggil ahli keluarga
- Menggunakan bunyi-bunyi bermakna
- Menyebut perkataan harian yang berfungsi
- Menamakan objek harian
- Menamakan gambar
- Menggabungkan 2 perkataan jadi ayat mudah
- Menggabungkan 3 perkataan
- Menggabungkan 4 perkataan
- Menggunakan kata sifat dan kata tempat dalam ayat
- Menggunakan kata hubung dalam ayat
- Bercerita ringkas, tampa plot
- Bercerita ikut susunan dan kekal pada topik
- Menjawab soalan dengan jelas

Apa ibu bapa perlu buat di rumah?

* Menambah kosa kata
* Aktiviti berkongsi buku
* Mengurangkan gangguan
* Menetapkan target harian

Mengubah cara percakapan harian

* Cakap perlahan-lahan
* Menguatkan suara pada perkataan / sukukata target
* Menggunakan ayat ringkas, sesuai dengan tahap bahasa kanak-kanak tersebut.
* Mengulang apa yang disebut oleh anak dan tambah perkataan lain supaya ayatnya lengkap.
* Meneka apa yang cuba disampaikan oleh anak dan sebutkan ayat yang sepatutnya.

Sentiasa menggunakan strategi

* Beri pilihan
* Tunggu, lihat, dengar
* Melakukan sesuatu luar jangkaan
* Tukar persekitaran
* Jangan terlalu mudah memberi segala kehendak anak



NOTA: buat dengan SABAR insyaalah satu hari hasilnya tak dijangka INSYAALLAH






Tuesday, 7 April 2015

SHAWL SEGERA stylista

ASSALAM...





suka lah tu kan tak payah susah susah nak melilit lilit kan aku pun suka time pepagi anak nak pergi sekolah walaupun anak sekolah tetap kene style jugak hehehe tangan tak bedung dulu kerja gatai jer nak memusing shawl walaupun dah sedia SHAWL SEGERA macam mee segera lah "cepat dimasak cepat dimakan" betoi ker...erm ye betul "cepat dipakai senang keluaq awai" hahaha....

JOM try senang jer....tutup mata pun buley....

 nampak lubang besar tu masuk je kepala kat situ hahah


 macam ni ha jangan gantung diri pulok heheh


 macam biasa lilitan kepala lah....


 gatai tangan nak nyelit sikit belah yang pendek tuh buh jarum peniti...


 TARA siap dah...


yang penting STYLISTA...


kalo minat shawl ni pm aku lelaju erk di fb AURORA collections/watssapp 012-4035031

IKLAN


 SOLD




Monday, 6 April 2015

Wide Shawl Arab Style

TUTORIAL wide shawl Arab cara aku suka pakai pergi kerja.....

*pastikan WIDE SHAWL baru jadi




JOM TRY lalalalal



 satu pendek satu panjang cam biasa


 ambil kanandan kiri pin di belakang ok



 ambil yang pendek tadi bawa kesebelah pin kan ok

 ambil yang panjang tuh  naik atas kepala ok



TARA macam ni aku ambil 3 layer soka hati lah korang nak berapa layer ok jangan lupa buh jarum peniti....ok da da da

IKLAN

kalo nak beli boleh pergi fb Aurora Collections






Sunday, 5 April 2015

Pakai Shawl 3 Step jer....JOM TRY

Assalam....

anak anak tido baru boleh mengupadate semua kalo tak semua diowang nak ipad, laptop, hp semua hokey takkan aku dapat menaip dengan tenang hahha...

pertama sekali maaf lah hari ni amik stock, hari ni jadi model n hari ni update semua sebab kat umah senang settle semua harini....tu gambar aku nampak pintu tak tutup tu abaikan jer yang aku nak jual shawl jer pintu tu halal lah tapi next time mungkin dah tahu nak buat cam ner....belajar lagi...

popet popet orang ngah tunggu tutorial ko ni ko sibuk nak cerita entah ada ke orang kisah kan....itulah lumrah kerja part time ni korbankan segalanya hehehe......sampai makan pun terkorban boleh kurus cam ni hahah.....

meniaga ni bukan nak untung jer nak cari banyak kawan, nak dapat pahala ye lah jual tudung kan dapat pahala, pastu lagi nak share apa yang aku tahu ngan followers aku lah tak pemes pun model pun nampak muka jer tak de orang nak tangkapkan....hehehe kalo ada reseki lebih pergi shoot erk....hahahha 

ok jom kita mulakan TUTORIAL pakai SHAWL CHIFFON PLAIN



3 step MUDAH pakai SHAWL

*yang penting shawl tu mesti panjang macam shawl aku
*yang penting shawl tu mesti lebar macam shawl aku
*yang penting shiffon tu tak keras sangat soft soft jer 
*yang penting lagi sediakan jarum 1 & kerongsang 1 jer

ok sebelum tu nak bagi tahu shawl ni memang jarang sikit tapi korang boleh pakai inner neck tu ok...aku suka pakai hitam jer....warna lain tak pekenan...



1.       
ok macam biasa lah sebelah panjang sebalah pendek selalu aku kiri pendek ikut korang lah erk...



2.
sebelah yang panjang tu letak kan jarum peniti erk tu jari dah kemana dah hheheheh



3.
ok yang panjang tu tarik kat sebelah buh kerongsang satu bagi ketat ketat muka tau jangan longgar....



siap tu jer pastu kanan dan kiri tarik kebelakang ikut lah panjang mana ko nak so nanti kat belakang pun labuh kat depan pun labuh...tak percaya ha cuba lah....kalo ko takut tepi tu jatuh letak je BROOCH yang cun cun mesti MELETOP hehehe....




kalo nak beli boleh lah ke fb Aurora Collections / WATSSAPP 012-4035031


IKLAN







Thursday, 2 April 2015

Anak Hyperactive

SALAM jumaat

pelik dan selalu nampak....

menyampah, sakit hati, dan rasa nak lempang jer sorry to say serius parents yang aware dengan anak anak yang macam ni hyper.....ye tak tau lah dari segi memang budak tu special atau pun tidak tapi ko tak boleh buat budak tu depan public ok memang aku rasa melampau....itu yang kita nampak yang kita tak nampak tah apa dia treat anak dia tuh...

ko rasa lah ko buat anak ko depan orang macam tu orang tu macam syok ke tengok ko marah....tak tau lah orang lain kalo aku memang geram sangat rasa nak pergi ambil budak tuh....

hari tu masa pergi klinik kerajaan bawak budak AURORA pergi cucuk 1tahun 6 bulan ada satu mak ni......biasa lah budakkan lama sikit mula lah nak nangis nak buat perangai kan its normal kot tapi yang tak normal nya mak nyer yang buat perangai....dah lah mengandung pastu pukul anak depan orang ko hengat boleh ker macam tu......anak tu hak allah bukan ko punya pun kan so tak yah lah ko nak pukul dia dia tak bersalah dan tak paham pape pun.....ko tengok tangan ko lagi besar dari tangan dia ko rasa berbaloi ker ko pukul????

sampai kan budak budak lain termasuk anak aku si KEPOH kecik tu cakap kat aku ngadu mama baby angis.....aku tak nampak lah bila dengan dia tampar anak dia tuh aku bangun lah usha dia memang aku tak puas hati kalo aku nampak dia buat lepas aku tengok memang silap lah kecik besar jer aku tengok....anak dia kecik dari anak aku umur 2 tahun jer tapi kecik badan nya.....anak aku yang debab cam tu pun tak sampai hati nak lempang ini kan budak tuh kecik jer....kesian aku tengok....ko kalo mengandung tapi tak pandai jaga anak asyik nak lempang jer tak payah lah nak beranak pinak kesian budak budak tu kurang kasih sayang...

Itu pasal ramai tak percaya yang hukuman seperti pukul, lempang dan rotan akan membuatkan anak anak lebih aktif dan tak mau dengar cakap (degil).........tak tau lah itu pada pendapat peribadi aku.....tahu tak semua orang setuju tapi itu lah hakikatnya.....kita yang tunjuk kita lah dapat balik, kita yang menengking, pastu bila anak tinggi suara sikit ko nak marah kan habis ko yang tunjuk teladan nya dia ikut jer mana dia tahu itu salah kan....

so u adalah rolemodel nye so tak payah lah nak salah kan anak ........semua budak ada hyper tapi mungkin yang hyper sanagat tuh lagi lagi lah kalo ko pukul dia lagi teruk......kalo boleh banyak kan peluk, sayang dan cakap baik baik......

****KANAK-KANAK buat perangai tak pelik tapi IBUBAPA buat perangai depan orang memang pelik gila******serius GERAM nengoknya

Ajar guna KATA KERJA

ASALAM mama, mummy, ibu, ummi.....

DEFINISI
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau).

Sepanjang pembelajaran danish untuk pertuturan memang banyak dan perlu bantu dari segi KATA KERJA....iaitu perbuatan yang dia sendiri lakukan lah tak kisah lah semasa atau pun tidak.....

KATA KERJA banyak membantu danish dalam menambah perkataan jugak banyak improvement sekarang dah nampak 3 patah perkataan so boleh lah rushing sikit untuk belajar huruf, perkataan, buku cerita, macam macam boleh ajar bila dia dah boleh capai 3 patah perkataan....

BAGAIMANA CARA nya jom baca lagi....

kaedah macam biasa ikut pakar pertuturan so balik kene buat HOMEWORK mama ada homework ok...mesti buat tak boleh skip hari tau......

KAEDAH GUNA FLASH CARD selain dari tu boleh guna mr. google jer macam gambar gambar perbuatan so suruh dia buat ayat.....memula memang tak reti tapi bagi hint dan selalu ulang ulang ulang sampai dapat.......

untuk pastikan danish suka dan buat bersungguh sungguh mama pancing dia lepas habis FLASH CARD mama bagi main BUBBLE ala yang rm0.60 sen tu jer .....cmfirm laju je dia habiskan ayat...

TENGOK, PAHAM & FIKIR

susah kan tapi itu lah yang aku kene buat untuk pastikan dia TENGOK, PAHAM & FIKIR

ok jangan PUTUS ASA tiada yang mustahil belajar belajar belajar agar lebih kuat dan lebih berilmu...

JOM belajar...


 Abang MINUM air


 Abang BACA buku


 Abang SEPAK bola


 Mama MASAK meggie

gambar last tu danish suka cakap benda tu MAMA MALU hehhehe sebab depat terapist....
so simple jer tapi macam macam sebenarnya boleh wujudkan ayat yang lain....so apa yang dia fikir dan nak cakap biarkan asalkan keadaan dan situasi yang betul......jangan ko nak ikut ayat ko pulak kekadang biarkan dia rasa dia lagi pandai dari kita dan kita buat buat tak pandai tanya dia.....cmfirm dia suka bila dia suka buat sesuatu tanpa dipaksa bermakna dia paham dan terus melekat dan ingat.....

TARGET tercapai.......duduk sama tinggi bimbing mereka dengan cara dewasa jangan pukul n paksa takkan jadi pape n sia sia je usaha kita.........sesuatu yang terjadi ada hikmahnya jangan salahkan sesiapa muhasabah diri dan cuba jangan sekali pun mengalah insyaallah ALLAH ada bantu kita.....