cara mengajar anak mengenal warna dengan mainan sendiri jer....
masa pergi kelas pertuturan minggu lepas cikgu banyak tekankan dari segi warna dan beza macam besar n kecik, pendek n panjang.....so kat situ dia banyak membantu danish untuk mengingat kan warna dan seterusnya membuatkan dengan sendirinya danish lebih memahami warna itu dengan tepat tanpa dipaksa macam sebelum ni jenuh aku cakap ni warna ni ni bukan tu tu...susah tau nak explain kat budak budak...
tapi hakikat nya tak payah ko duk nak explain membebel tak de maknanya dia paham....maksud aku jangan cakap atas angin buat penat ko jer....aku dah kene dah...
ok budak memang belajar melalui main so ko kene lah kreatif sikit tau.....jangan lah ko pun blur jer...
so aku pun pernah blur tak tau nak wat cam ne so bila allah dah temukan aku dengan hamba allah yang mashaallah aku pun tak terpikir cara dia ni....memang best tau aku suka cara dia...
ok jom kita start macam mana nak ajar anak kenal warna...
1. ok memula ko kene cari mainan dia yang banyak colour n yang senang ko nak tunjuk tapi benda tu mesti dari objek dan bentuk yang sama macam ni aku ambil LEGO benda ni danish banyak ok....kalo nak ikut mainan cikgu pertuturan tu comfirm duit rabak asyik nak beli mainan special kan mahal tau dan mainan kat terapi tak sama macam mainan kat luar kiter pun tengok eksited hehhe....contoh nya cam ni...
2. ok dapat gambaran apa step seterusnya ok aku tau danish dah tahu warna kuning n oren so aku takkan ajar warna tu lagi ok warna itu cuma untuk dipancing sama ada dia tahu tak warna yang aku nak dia keep in mind.....
3. aku pilih warna biru dan merah....sebab dia selalu confius warna merah jambu n merah tau...comel....
4. ok pastikan atas meja belajar tiada barang lain selain meja bersih....lego yang banyak colour tu jangan ko letak bebanyak atas meja kunk dia ingat ko suruh menyusun buat robot pulak memang tak jadi....so pastikan lego tu dalam bekas dan ko letak kat peha ko jangan bagi dia nampak ok.....
5. ok sebelum ajar dia hint first ok tunjukkan warna merah tunjuk kan dia sebanyak 3-5 kali ini merah, merah, merah, merah, merah ok masuk yang kelima tukar ambil warna biru letak sebelah sana ok sama jugak 5 kali biru, biru, biru, biru, biru,ok
6. bila ko dah bantu bagi hint kat dia sekaran ko bagi kat tangan dia contohnya warna merah kan sebelum dia letak ko ingat kan first key ME suruh dia sambung tunggu 1 saat ok kalo dia tak ingat ko remine dia insyaalah dia takkan lupa.....bila dah 3-4 kali buat merah buat biru pulak ....
7. Pastu ko uji pulak ambil 2 lego merah dan biru ko letak atas tapak tangan suruh dia pick up contoh ko kata "danish biru?" ok tengok dia paham tak ok kalo betul dia buat ko test lagi buat ulang ulang pick up tu sampai bila ko tengok dia buat betul jer....
8. Ko uji susah sikit ambil colour yang dia tahu contoh nya danish suka kuning jadi di tangan aku ada warna kuning n merah so aku nak dia pick merah tengok dia alert n paham tak dengan apa yang ko nak.....jadi kat situ kita nampak daya kefahaman dan fokus dia...
9. INGAT budak hanya maksimum diuji sebanyak 5 kali kalo lebih dia boleh fed up....aku dah kene dah...hehehe...sudah nya "danish jom kita p makan"...
so begitulah seterusnya warna warna lain mungkin minggu ni hanya 2 warna tu dulu minggu depan start dengan warna lain....
aku tidak pernah mementingkan kuantiti tapi kualiti tahu ada budak yang fast furious semua boleh cepat ada budak lambat sikit so never mine banyak cara boleh bagi dia cepat tapi tak banyak cara yang boleh bagi dia paham sampai bila bila so sabar banyak banyak dan insyaallah usaha itu senjata kejayaan.....itu harapan aku as mom....
so walaupun korang sedang tido esok pepagi jangan lupa baca entry aku erk......kalo tak share cam berdosa pulak ngn korang sebab ada juga member kat luar sana buntu jugak cara nak ajar warna ni....mungkin korang jugak boleh share kan cara korang.....
NOTA******tak sangka bila ALLAH telah menunjukkan hebatnya kuasa dia alhamdulilah